Euforia Bola 2026
Famili

Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga Selama 3 Hari Di Beberapa Kawasan Semenanjung

CUACA PANAS

Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Facebooknya hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan Semenanjung Malaysia.

Hantaran tersebut memaklumkan bahawa suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh

CUACA PANAS DI 7 KAWASAN SEMENANJUNG SELAMA TIGA HARI

CUACA PANAS

Antara kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berjaga  untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti strok haba atau dehidrasi. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

  • Minum air secukupnya
  • Elakkan aktiviti di luar
  • Pakai pakaian bersesuaian/ringan
  • Pantau keadaan kesihatan
  • Cukup mandi
  • Gunakan pelindung matahari
  • Ruang pengudaraan yang baik

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi iaitu https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas

Baca juga: Belanjawan 2025: Kebajikan & Pendidikan Anak Autistik Akan Berada Pada Tahap Lebih Baik

Sumber: Faceb0ok Jabatan Meterologi Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×