Euforia Bola 2026
Nur

Bancuh Air Untuk Suami Tersayang Jangan ‘Kosong’, Selit Doa-Doa Ini Supaya Abang Sentiasa Cinta!

doa untuk suami tersayang

Menjadi lumrah dalam kalangan hubungan suami isteri, pasti ada waktunya manis dan ada waktunya bergelora. Jadi, untuk menguatkan ikatan suci ini supaya tidak mudah terputus adalah dengan mengamalkan beberapa bacaan doa untuk suami tersayang secara khusus.

Amalan ini boleh dilakukan oleh isteri terutamanya semasa menyediakan minuman dan makanan buat suami. Pastikan niat itu selari dengan rasa hidangan yang sedap ya!

Baca juga: Adab Malam Pertama Pengantin Baharu, Suap Isteri Minuman Manis Ikut Sunah Rasulullah SAW

DOA UNTUK SUAMI TERSAYANG, BOLEH BACA KETIKA BANCUH AIR

doa untuk suami tersayang

#DOA UTAMA

Doa yang bermanfaat dari Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma. Surah Al- Imran, ayat 31.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Doa ini dibaca untuk bagi pasangan kita sayang dekat kita. Boleh dibaca sambil kacau makanan atau semasa bancuh air dan sebagainya sebelum dihidangkan kepada suami tercinta. Bahkan, para suami juga boleh membaca doa ini untuk isteri.

#DOA 2

اللهُمَّ اجْعَلْ زَوْجِي وَوَلَدِيَ عَبْدَيْنِ صَالِحَيْنِ يُحِبُّهُمَا النَّاسُ وَيُحِبَّانِ النَّاسُ

Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah suamiku dan anak-anakku sebagai hamba yang soleh yang dicintai oleh manusia dan mencintai manusia.”

#DOA 3

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي وَأَحْبَابِي وَزَوْجِي

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia dan akhiratku, keluargaku, harta benda dan orang-orang yang aku cintai, serta suamiku.”

#DOA 4

Ini adalah untuk buat air penawar. Caranya adalah dengan baca ayat-ayat ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

-Surah al-Fatihah : 17 kali
-Ayat Kursi : 17 kali
-Surah al-Ikhlas : 17 kali
-Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 kali

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkan.

doa untuk suami tersayang

*Selamat mencuba dan insyaAllah suami akan makin sayang!

Baca juga: Gara-Gara Suami Buat ‘Prank’ Birthday Kononnya Bawa Perempuan Lain, Isteri Bergegas Pulang Terlibat Nahas!

Sumber: Quran.com, Puteri Ayu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×