Siapkan diri untuk pengalaman masakan luar biasa dengan program masakan terkenal ‘Dapur Panas’ yang bakal mengubah cara anda menikmati masakan!
Dapur Panas akan membawa anda ke dunia masakan yang lebih seronok, mudah dan pastinya mengasyikkan bermula 18 Oktober ini, setiap Jumaat jam 11:30 pagi dan hanya di TV3.
Baca juga: Apam Tokyo (Kuih Manja) Resipi 3 Pilihan Inti Lemak Manis, Sekali Ngap Terus Hilang!
DAPUR PANAS KOMBINASI RASA & KEINDAHAN ALAM

Resipi mudah sambil berkhemah
Tak perlu lagi bimbang tentang resipi rumit dan bahan yang sukar dicari. Dengan Dapur Panas, Cef Naem akan menunjukkan kepada anda cara memasak dengan cepat dan mudah.
Tak hanya itu, bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan yang lebih penting, rasanya “wow!”
Dengan dua hidangan utama yang memikat selera dan satu pencuci mulut yang manis, semua ini akan disediakan di lokasi luar yang luar biasa.
Baca juga: Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!
Lokasi luar biasa, memasak dalam kehijauan alam
Lokasi Dapur Panas pada setiap episod menjadikan ia berbeza dengan program masakan lain, di mana ia akan ‘menghidangkan’ penonton dengan pemandangan yang memukau.
Program ini seperti satu perjalanan rasa dan visual, yang mengajak anda untuk berkongsi memori bersama dengan menikmati makanan enak di tengah-tengah alam yang damai bersama keluarga dan sahabat.
Sambil Cef Naem menyediakan hidangan yang menggugah selera, tetamu istimewa juga akan hadir berbual dan berkongsi kisah-kisah menarik mereka. Siapa sangka, di sebalik masakan, ada cerita yang penuh inspirasi!
Pelajari teknik memasak mudah dan praktikal
Tak perlu risau tentang peralatan canggih!
Dapur Panas menampilkan teknik masakan simple. Ia boleh dicuba oleh semua orang di mana saja, terutamanya mereka yang suka aktiviti luar seperti berkhemah atau berkelah.
Dalam setiap episod, Cef Naem akan memberikan tips praktikal untuk meningkatkan pengalaman memasak anda. Cukup bawa beberapa peralatan asas dan anda sudah boleh sediakan hidangan luar biasa di tengah-tengah alam.
Baca juga: Rahsia Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!
Saksikan dapur panas di TV3!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama Cef Naem dalam Dapur Panas, setiap Jumaat jam 11:30 pagi bermula 18 Oktober 2024 di TV3.
Jika anda suka memasak, suka alam atau cuma ingin sesuatu yang baru dan berbeza, Dapur Panas adalah pilihan tepat untuk anda!
Baca juga: Resipi LAKSAM PUTIH GEBU GEBAS Yang Puas Hati Bila Makan, Perut Pun Riang ‘Bernyanyi’!
