Euforia Bola 2026
Famili

Ini Jumlah Pendapatan Isi Rumah Untuk Jadi Golongan T15 Ikut Negeri, Semua Bayaran Meningkat!

golongan t15

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, beliau mengumumkan pendapatan isi rumah RM13,000 sebulan (golongan T15) akan dikenakan yuran lebih tinggi di universiti, sekolah berasrama penuh dan sekolah sains bermula tahun 2025.

Malah golongan T15 juga akan menghadapi pemotongan subsidi petrol di Malaysia mulai pertengahan 2025. Jadi, ramai dalam kalangan rakyat tertanya, berapa banyak pendapatan yang diperlukan untuk menjadi golongan T15?

Baca juga: Belanjawan 2025: Bujang Dapat RM600, Bantuan SARA Kredit Dalam MyKad Penerima April 2025

BERAPA BANYAK PENDAPATAN UNTUK JADI GOLONGAN T15?

golongan t15

Golongan T15 merujuk kepada ‘Top 15%’ dalam konteks pendapatan isi rumah di Malaysia. Ini adalah salah satu kategori yang digunakan untuk mengelompok isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan mereka.

Jawapannya: RM13k/bulan per ISI RUMAH. Ini bermakna RM6.5k bagi suami/isteri dah jadi “mahakaya”. Tentunya pendapatan ini berbeza mengikut negeri, jadi berikut adalah jawapannya mengikut negeri.

1.Wilayah Persekutuan Putrajaya : RM 21,726
2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: RM 19,005
3.Selangor: RM 17,849
4.Johor : RM 13,387
5.Pulau Pinang: RM 13,206
6.Melaka : RM 12,766
7.Wilayah Persekutuan Labuan : RM 12,269
8.Negeri Sembilan : RM 11,125
9.Terengganu : RM 10,628
10.Sarawak : RM 10,595
11.Sabah : RM 9,902
12. Perak : RM 9,143
13.Perlis: RM 8,814
14.Pahang : RM 8,721
15.Kedah : RM 8,473
16.Kelantan : RM 7,759

Kriteria ini jua dipengaruhi oleh saiz dan jenis isi rumah. Golongan T15 biasanya terdiri daripada isi rumah dengan lebih dari satu pencari nafkah yang mempunyai pekerjaan dengan pendapatan tinggi, seperti profesional, usahawan, atau mereka dalam industri yang menawarkan gaji lumayan.

Sektor pekerjaan juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan seseorang yang berpendapatan T15. Mereka yang bekerja dalam sektor teknologi, perbankan, minyak dan gas, perubatan, dan keusahawanan sering kali termasuk dalam golongan ini.

“DAH BERUSAHA KERAS UNTUK DAPAT PENDAPATAN TINGGI TAPI MACAM INI PULA…”

golongan t15

Pengumuman mengenai beberapa penarikkan semula kemudahan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat khususnya yang berada dalam skala pendapatan T15 ini. Hal ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa ini merupakan usaha dan kerja keras mereka untuk hidup dengan selesa dan tidak patut dikaitkan dengan kemudahan kerajaan.

Malah, yang tidak berada dalam golongan T15 pun turut merasakan tindakan sebegini tidak adil bagi pihak yang sudah berusaha keras.

“Walau pendapatan saya tak cecah macam itu, tetap saya rasa tak adil. Mereka telah berusaha keras untuk capai pendapatan macam tu, kena bayar cukai, jika berkeluarga tentu ada loan kereta dan rumah yang perlu dibayar. Bantuan confirm tak dapat. Duduk bandar lagi. Kalau yang ada anak ramai, masak mereka. Nak kena bayar yuran full untuk semua anak. Serious tak adil.  Kalau macam ni, baik tak payah usaha. Duduk goyang kaki, tunggu bantuan sana sini..”– netizen

*Adakah ini ‘dosa’ menjadi ‘mahakaya’? Semoga dipermudahkan segala urusan pada tahun 2025…

Baca juga: Gaya Hidup Nak Mewah, 53 Ribu Individu Bawah Umur 30 Tahun Tanggung Hutang RM1.9 Billion!

Sumber: Abdul Malek Che Soh, X @Thevesh, Belanjawan 2025

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×