Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Dedah Pengasuh Suka Bagi Anak 2 Bulan Tengok TV, Buntu Cara Nak Tegur Takut Terasa!

TENGOK TV

Menerusi aplikasi Threads, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila pengasuh kepada bayinya suka mendedahkan anaknya berusia 2 bulan itu tengok tv.

Jelas wanita itu, dia buntu dan tidak tahu jalan yang terbaik untuk menegur tindakan pengasuh tersebut. Hal ini kerana memberikan bayi berusia 2 bulan menonton televisyen adalah tidak wajar.

Baca juga: BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!

PENGASUH SUKA BAGI ANAK TENGOK TV, UMUR BARU 2 BULAN

TENGOK TV

“Macam mana nak cakap dengan pengasuh ayat yang tak salah faham dan tak tersinggung supaya jangan bagi baby (lagi 2 minggu nak masuk 4 bulan) tengok TV? Dia cakap dia bagi tengok TV sementara dia boleh buat kerja lain. Sepanjang saya dalam cuti bersalin, tak pernah bagi anak TV. Tolong saya,” luah wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen milik Adiez Sapura itu, rata-rata ibu berkongsi pendapat dan jawapan mengenai cara terbaik untuk menegur tindakan pengasuh tersebut.

Rata-rata ibu turut tidak bersetuju memberikan si kecil itu menonton televisyen kerana aktiviti seperti itu tidak diterapkan di rumah kerana umur masih belum sesuai.

“Sembang dengan pengasuh santai-santai. Tanya dia rancangan apa yang dibuka. Minta pengasuh buka selawat atau nyanyian nama-nama Nabi. 

“Tak salah nak bagi anak tengok tv tapi tak boleh lama sangat. Cukup sekadar 10-15 minit sahaja,” komen pengguna media sosial.

Walau bagaimanapun, pertanyaan wanita itu turut menerima kecaman daripada warganet kerana menyifatkan tindakannya agak keterlaluan.

“Komen saya, minta doa supaya anak kita dijaga oleh pengasuh dibawah lindunganNya selamat setiap masa sewaktu kita tak ada. Lebih dari itu jangan overthinking. Sudah hantar pengasuh itu cara dia, asalkan anak kita selamat.

Benda remeh jangan terlalu letak dalam kepala, baik fokus kerja. Nasihat saya kalau memang nak anak yang padat dengan aktiviti boleh hantar childcare berdaftar. Bayaran lebih tinggi,” ujar salah seorang pengguna Threads itu.

Baca juga: Patung Labubu Semakin ‘Hot’, Rupanya Ini Asal Usul Sebenar. Memang Rugi Kalau Beli!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×