Euforia Bola 2026
Famili

Harga Sayur Dijangka Naik 3 Kali Ganda Pada Bulan November & Disember

HARGA SAYUR

Susulan fasa Monsun Timut Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada November dan Disember, harga sayur dilaporkan akan naik  pada bulan tersebut. Monsun Timur Laut boleh mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan.

Menurut Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, beliau berkata kebanyakan harga sayur di peringkat ladang naik 20 hingga 50 peratus bagi tempoh seminggu kebelakangan ini.

Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh

HARGA SAYUR DIJANGKA NAIK 3 KALI GANDA PADA BULAN HADAPAN

HARGA SAYUR

Tambahnya juga, harga sayur tomato akan mengalami peningkatan dari RM1.50 sekilogram kepada RM2.30 sekilogram. Antara sayuran lain yang mungkin akan mengalami peningkatan harga adalah daun bawang, kailan, sawi, supak choi, timun, terung dan kacang buncis.

“Kita jangkakan harga sayur mungkin meningkat lagi sehingga dua kali ganda pada bulan depan hingga Disember kerana hujan lebat dan banjir di beberapa negeri.

“Contohnya harga tomato meningkat dari 80 sen sekilogram bulan lalu kepada RM2 sekilogram. Kobis 50 sen sekilogram (bulan lalu) kepada 90 sen sekilogram,” jelasnya kepada media.

Beliau juga memberitahu bahawa keadaan cuaca semasa akan mengakibatkan penyakit kulat merebak dengan pantas sekaligus menjejaskan pengeluaran hasil sayuran.

Sayuran berdaun yang ditanam tanpa SPH (rumah plastik) akan mengalami kerosakan ditambah pula dengan keadaan hujan lebat.

“Oleh itu, penggunaan racun perosak adalah antara persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh. Selalunya (pada musim hujan), petani akan menggunakan racun perosak untuk elak daripada kerosakan sayuran,” katanya.

Baca juga: Permit ETIAS Ke Negara Eropah Diperlukan Untuk Tahun 2025 Bagi Pemegang Passport Malaysia

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×