Penggunaan patung Labubu semakin menjadi trend di Malaysia selepas melihat salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Lisa, memakainya.
Anak patung Labubu tersebut akan digantung di beg tangan sebagai perhiasan dan rata-rata memakainya baik kanak-kanak atau wanita dewasa.
Baca juga: “Bagi Online, Baru Ada Bukti” – Syamsul Debat Pesan Jangan Beri Nafkah Cash, Bila Bergaduh Susah!
PATUNG LABUBU INSPIRASI TUHAN SESUATU AGAMA?

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang wanita ada mendedahkan bahawa patung Labubu ini difahamkan merupakan inspirasi dari Tuhan sesuatu agama.
Tambahnya juga, versi pertama Labubu dikeluarkan berwarna merah dan terdapat tulisan 666 pada bahagian badannya. Pencipta patung ini menjelaskan bahawa dia terinspirasi ketika berpindah ke Belanda dan berkait dengan agama di sana.
“Ramai cuba mencari simbolik agama menyerupai Labubu dan apabila ditemui, mereka berpendapat bahawa Labubu adalah inspirasi dari sebuah agama yang dikatakan mirip dengan simbol iblis yang bernama ‘Kala’,” jelasnya.
Menurut Pensyarah Fiqah Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, dia berpendapat bahawa tidak wajar ibu bapa beragama Islam membenarkan anak mereka bermain dan menyimpan patung Labubu ini.
Hal ini kerana patung tersebut ada elemen kegamaan mana-mana kaum kerana ia inspirasi pada tuhan sesuatu agama.
“Patung tidak boleh mempunyai sebarang inspirasi atau yang disembah oleh mana-mana pihak. Nasihat saya, diharapkan ibu ayah prihatin dengan mainan anak-anak.
“Saya berharap agar ibu bapa mengambil tahu latar belakang mainan anak supaya tiada sebarang unsur keagamaan,” katanya.
Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, mereka mengesyorkan agar elak daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.
Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:
الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”
Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Sumber: Mstar & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
