Seorang kanak-kanak dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang.
Kanak-kanak berusia 12 tahun dan dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan difahamkan turun ke bawah rumahnya sekitar jam 2.20 petang.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Penuh Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Untuk Rujukan
KANAK-KANAK HILANG SELEPAS AMBIL MAKANAN DARI KERETA

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu jam 8.59 malam.
Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa mencari anaknya namun tidak ditemuinya.
“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” jelasnya.
Ciri-ciri mangsa adalah berbadan kurus, berkulit cerah, memiliki rambut paras bahu dengan ketinggian 150 sentimeter. Mangsa berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan seluar ‘track’ hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Baca juga: Ayah Kandung Dera Anak Autisme Selama 8 Tahun, Isteri Tak Boleh Nak Halang!
Sumber: BH Online
