Baik sayur masak lemak putih Pattani mahupun Kelantan, kedua-duanya sedap dan tidak jauh bezanya. Namun, melalui perkongsian Mizah Ngatiman cara orang Pattani memekatkan kuahnya agar lebih berlemak adalah tidak memasukkan lada hitam tetapi digantikan dengan tiga bahan lain.
Jadi, tak salah mencuba sayur masak lemak putih versi orang Pattani ini, mana tahu lebih kena dengan selera anda. Jom cuba buat resipi sayur masak lemak putih di bawah!
Baca juga: Resipi LAKSAM PUTIH GEBU GEBAS Yang Puas Hati Bila Makan, Perut Pun Riang ‘Bernyanyi’!
SAYUR MASAK LEMAK PUTIH

Acap kali tengok dan follow reels Kak Siti dari Pattani. Terliur pula tengok beliau masak gulai lemak sayur yang mana kelihatan lebih kurang dengan Sayur Lemak Putih Kelantan.
Cumanya, sedikit berbeza tidak diletak lada hitam digantikan dengan lengkuas. Tambah nampak menari, diletakkan kelapa parut mentah dan kelapa parut goreng yang menjadikan kuah gulai lagi berlemak dan pekat.
Baiklah, saya kongsikan resepi lengkap Gulai Lemak Timun.
Baca juga: Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!
RESIPI GULAI LEMAK TIMUN
Bahan-bahan:

- 4 batang timun (muda)
- Udang secukupnya
- 3 ekor Ikan Kembung/Selayang
- 2 inci lengkuas
- 1 biji bawang merah besar
- 2 tangkai cili merah
- 3sb kelapa parut mentah
- 3sb kelapa parut goreng
- Santan pekat secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
Baca juga: 7 Resipi Ringkas Untuk Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja, Cepat, Sedap & Buat Perut Kenyang!
Cara penyediaan:

- Ikan direbus kosong terlebih dahulu.
- Kemudian, tumbuk lengkuas, kelapa parut mentah, kelapa parut goreng, isi ikan dan bawang hingga lumat.
- Mula-mula campur sedikit santan pada bahan tumbuk. Kacau rata dulu agar ia tidak berketul dan buka api perlahan.
- Setelah itu, masukkan lebihan santan, gula dan garam sambil rasakan kuah lemak dan manis secukupnya.
- Biar kuah mendidih manja.
- Sementara itu, timun saya kelar kulitnya guna pisau sagat dan dibelah 4.
- Dah mendidih kuah tadi, masuk timun dan sentiasa kacau kuah.
- Agak timun dah sedikit layu, masukkan udang dan cili.
- Dah mendidih elok, boleh tutup api.

Saya suka timun sedikit layu sahaja sebab suka rangup dan warnanya kekal hijau. Kalau nak timun sampai lembut biarkan lama lagi mendidih.
Kuah pun pekat elok. Kuah lemak seperti ini, lawannya tentu ulam dan budu. Ikan bekok pun dah cukup, nyakut molek boh.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kek Marble Neopolitan Manis-Manis Buah, Nak Buat Gebu Adunan Kena Ringan Baru Jadi!
Sumber: Mizah Ngatiman
FT Image: Mizah Ngatiman
