Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Acar Kulit Limau Kasturi, Makan Dengan Sambal Belacan Memang ‘Umphh’!

ACAR KULIT LIMAU

Resepi kali ini sedikit berbeza dan jarang dibuat oleh orang ramai iaitu acar kulit limau kasturi. Menerusi perkongsian Rohani Mohd Salleh, hantarannya itu telah menerima ribuan shares kerana masing-masing teruja dengan resipi tersebut.

Sekiranya anda ingin cuba membuat sendiri acar kulit limau kasturi di rumah, boleh ikut resepi penuh di bawah. Acar ini sesuai dimakan bersama sambal belacan. Masam, manis dan pedas, semua ada!

Baca juga: Resepi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Tradisional Lebih Sedap & Aroma Wangi!

ACAR KULIT LIMAU KASTURI, SEDAP TAK TERKATA

ACAR KULIT LIMAU

Bahan-bahan:

  • 1kg limau kasturi
  • 3 cawan gula
  • 2 sudu besar cili boh
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 biji cili merah*

Bahan rempah tumis:

  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh perasa makanan

Cara penyediaan:

1. Limau kasturi dibelah 4 (tak putus) dan diperah airnya.

2. Kemudian kukus sekejap. Seterusnya hiris bahan (*) di atas dan ketepikan.

3. Campur air limau diperah tadi bersama 1 cawan air dan gula yang dimasak sehingga cair.

4. Masukkan cili boh, semua bahan yang dihiris dan rempah tumis. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan limau, cili merah dan masak lagi dengan menggunakan api sederhana sehingga pekat.

6. Setelat pekat, tutup api. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas bersesuaian.

Mudah sahaja kan resepi acar kulit limau ini? Selamat mencuba!

Baca juga: TAK BOLEH Simpan Nasi Lebih 24 Jam Dalam Peti Ais, Hati-Hati Kalau Selalu Buat!

Sumber: Facebook Rohani Mohd Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×