Euforia Bola 2026
Asuh

Ayah Yang Ada Anak Lebih Dari 3 Orang Wajib Tahu 5 Kemahiran Asas Ini, Jimat Poket Mu!

kemahiran asas

Tugas mendidik anak-anak memerlukan keseimbangan antara mama dan ayah . Namun, ada yang hanya melepaskan tugas tersebut khususnya dalam kemahiran asas kepada si ibu sahaja, ayahnya tidak tahu apa-apa. Jadi, wahai ayah-ayah semua, pentingnya untuk anda tahu beberapa kemahiran ini supaya mendapat gelaran ayah TERBAIK!

Untuk pengetahuan anda, 5 kemahiran asas yang disenaraikan di bawah bukan sahaja menjadikan anda seorang ayah yang hebat malah dapat menjimatkan poket di kala ekonomi sedang mencanak!

Baca juga: Dah Kahwin Pun Bapa Masih Belikan Barang Dapur Penuh Baldi, Kasih Ayah Ini Buat Ramai Tersentuh

5 KEMAHIRAN ASAS UNTUK AYAH YANG ADA ANAK LEBIH 3 ORANG, SELAMATKAN POKET!

kemahiran asas

5 kemahiran yang ramai tak perasan ianya penting bagi seorang ayah kena ada apabila anak lebih daripada 3 orang. Bukan setakat penting, tapi menjimatkan poket wahai ayah.

1. GUNTING RAMBUT ANAK

Sekarang ni, gunting rambut dekat kepala anak di kedai pun dah cecah RM10 ke atas, dan ada yang lebih mahal. Dah kalau 2-3 minggu sekali kena hantar kedai, mau botak poket. Skill gunting rambut anak ni adalah skill mahal yang bapak kena ada. Tak kisahlah rambut anak lelaki atau perempuan.

Apatah lagi kalau potongan rambut kita tu level barbershop yang kena bayar 80-90 tu. Bukan level abam Bangladesh potong bau kari kat tangan dia. Haha.

2. MASAK MAKANAN WESTERN VERSI HOMEMADE

Nampak macam simple kan? Tapi besar maknanya di sisi anak isteri. Boleh buat gravy sendiri, mashed potato sendiri, kentang goreng sendiri, lepas tu hias dan presentation atas pinggan seorang demi seorang, memang cair lah hati keturunan yang ada dalam rumah tu. Percayalah, bila satu masa free bila seorang ayah tanya nak makan apa dan dekat mana, anak-anak akan jerit, ‘nak abahhh masakkkk’. Kan dah jimat?

3. BASIC SKILL WIRING DAN BERTUKANG ALA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3 

Kau bayangkan bila anak cakap ‘Papa, lampu bilik tak hidup!’.

Kau masuk bilik anak, keluarkan wayar-wayar tu, ala-ala wireman yang penuh kepakaran, sentuh sana sini sikit, dan hidup lampunya. Anak kau punya senyum, dah taknak fikir orang lain lah dalam hidup dia.

4. KEMAHIRAN MENGURUT 

Selalu kita dengar anak-anak dan isteri akan urut ayah kan? Tapi sekali sekala, kita kena tunjuk mahir kita bab urut kepada anak isteri tanda prihatin yang tinggi. Mengurut anak ni, biasanya mak-mak yang lebih prihatin jika anak-anak ada sakit-sakit, apatah lagi balik sekolah daripada aktiviti-aktiviti lasak. Ayah-ayah ni jarang nak buat benda ni.

Tapi sekali sekala, bila ayah dah start urut, kat situlah mengalir kasih sayang yang tidak bertepi dalam hidup anak. Percayalah, memori ayah urut anak ni, akan dikenang sampai diorang ni dah beranak cucu nanti. Jangan ego untuk ‘serve’ anak dalam bab urut.

5. RETI BACA DOA SELEPAS SOLAT

Inilah benda yang paling mustahak bagi seorang ayah!! Kalau ini tak reti, baik berhenti jadi manusia. Bukan setakat nak jadi ayah tak layak, jadi manusia pun baik tak payah. Sentiasa upgrade doa-doa kita yang dibacakan secara kuat lepas solat. Anak-anak ni dengar tau apa yang kita baca. Molek lagi kalau bacanya dalam bahasa yang difahami.

Maknanya, doa bahasa arab yang boleh diterjemahkan sekali dalam Bahasa Melayu, supaya anak kita tahu, doa tu adalah untuk mereka. Tanda sungguhnya seorang ayah mengeratkan hubungan anak-anak dengan pergantungan yang tinggi. InsyaAllah, doa inilah yang akan jaga mereka sampai mereka pula digelar ibu dan ayah hendaknya.

kemahiran asas

*Barulah bila tengah melepak bersama kawan, boleh ‘flex’ sikit kemahiran yang anda supaya anda jadi ayah paling MANTAP antara semua!

Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

Sumber: Khairul Nadzir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×