Euforia Bola 2026
Nur

Nak Tuntut Cerai Suami Ikut Ajaran Sesat, Wanita Ini Minta Tolong Sebab Buntu Tiada Bukti!

tuntut cerai

Gara-gara suami mengikuti kawan zaman sekolah yang mengamalkan ajaran sesat, seorang wanita telah meminta pertolongan di media sosial untuk tuntut cerai.

Kisah ini didedahkan apabila dia bertanya kepada seorang pengamal undang-undang syariah yang dikenali sebagai Puan Hazwani Zainal, untuk menuntut cerai namun buntu kerana tiada bukti.

Baca juga: Lelaki Setia Dapat Tahu Kekasih Hidap Kanser, Temani Hingga Meninggal Dunia Sebagai Isterinya!

TUNTUT CERAI SUAMI IKUT AJARAN SESAT

tuntut cerai

Gambar hiasan.

Solat pakai niat, tak wajib puasa dan disuruh tidur dengan mahaguru!

Selain faktor keselamatan anak, difahamkan wanita berkenaan sudah tidak tahan dengan perbuatan yang dilakukan suaminya setelah hanyut dalam ajaran sesat itu.

Menurut wanita itu, suaminya sudah mula meninggalkan solat atas alasan mahagurunya telah menaiktarafkan diri suami pada tahap hampir wali yang memerlukan dia solat dengan niat sahaja, selain tidak diwajibkan berpuasa.

Apa yang lebih parah lagi, suaminya itu sanggup menyuruh dirinya dan anak perempuan mereka yang berusia 8 tahun untuk tidur dengan mahaguru atas alasan sebagai penghapusan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab.

“Tapi untuk ini memang saya lawan cakap suami sampai saya dan anak kena kurung dalam satu bilik gelap dan kaki tangan kami kena rantai.

“Masa kena kurung itu, kami dipaksa hafal satu doa untuk meminta maaf kepada mahaguru,” dedah Puan Hazwani Zainal di Tiktoknya.

Baca juga: Ibu Berpantang Boleh Cuba 14 Jenis Minuman Ini, Jangan Terkejut Susu Badan Melimpah-Ruah!

Suami berhenti kerja arkitek dan isteri pula bagi nafkah

Tambah wanita itu lagi, suaminya telah terlibat dengan kumpulan ajaran sesat itu selama 3 tahun lebih selepas bertemu seorang rakan di zaman belajar dahulu.

Berkongsikan perihal nafkah pula, si isteri menyatakan bahawa dia sudah tidak terima apa-apa.

“Sejak dia terlibat dengan kumpulan ajaran sesat itu, dia tak pernah bagi nafkah. Dia pun dah berhenti kerja arkitek yang katanya itu dunia sahaja dan lebih baik fokus dekat syurga yang dijanjikan mahaguru,” ujarnya.

Sebaliknya, dirinya pula yang perlu memberi nafkah kepada suami.

“Suami suruh saya dan anak kutip derma di pasar malam. Tapi duit itu semua dia ambil dan bagi dekat mahaguru, saya cuma dapat RM20 je untuk saya dan anak makan.

“Kalau saya tak kutip derma, suami akan marah dan pukul sampai lebam-lebam. Dia kata saya derhaka tak dengar arahan dia dan mahaguru,” kongsinya lagi.

Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…

Wanita itu bersyukur diselamatkan JKM sewaktu mengemis

Bagaimanapun, wanita tersebut menjelaskan bahawa Allah telah menyelamatkannya apabila dia ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengemis.

“Mungkin takdir Allah nak selamatkan saya. Sekarang saya tinggal dengan paksu sebab mak ayah dah tak ada dan saya pun anak tunggal. Saya nak bercerai sangat puan sebab risaukan keselamatan anak,” jelasnya.

Difahamkan, kini wanita tersebut dan anaknya sedang menjalani pemulihan akidah dengan seorang ustazah di pejabat agama.

Fasakh suami amal ajaran sesat

Puan Hazwani Zainal juga memberi saranan berdasarkan kisah wanita itu, agar si isteri menuntut fasakh kerana berlaku penganiayaan pada dirinya selepas mendapatkan laporan daripada JKM dan Pejabat Agama.

Dalam masa yang sama juga, si isteri dan anaknya disyorkan untuk membuat rawatan psikologi untuk merawat trauma.

@puanhazwanizainal

FASAKH: SUAMI AMAL AJARAN SESAT Isu ajaran sesat bukanlah isu yang boleh dpandang remeh kerana ini boleh libatkan akidah pihal-pihak. Malah ajaran sebegini boleh merosakkan keturunan. ajaransesat doktrinsesat fasakh perceraian

♬ Musnah – TikTok – Danial Kifli

Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!

Sumber: Tiktok @puanhazwanizainal

FT Image: Utusan / Mingguan Wanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×