Maksud tauhid adalah ilmu yang mampu menetapkan kepercayaan beragama dan menyumbang kepada ketetapan keyakinan, hasil dari dalil dan bukti yang benar-benar meyakinkan.
Ilmu tauhid lebih tertumpu kepada skop mencerita dan membahaskan ke-Esaan Allah SWT. Ilmu ini juga dikenali dengan nama ilmu Kalam, ilmu Aqidah, dan ilmu Usuluddin.
Baca juga: Cerita Kartun Popular Diubahsuai Akaun Tak Bertanggungjawab Selit Unsur L*cah, Awasi Anak!
BILA UMUR SESUAI NAK AJAR ANAK MAKSUD TAUHID?

Menerusi perkongsian di laman Facebook yang mendapat ribuan tanda ‘shares’, dia menceritakan mengenai umur sesuai untuk mengajar anak maksud tauhid.
“Mula umur berapa perlu ajar anak tauhid? Start dia boleh ‘faham’ apa kita bicara. Seperti kita suruh dia ambil barang dia boleh pergi ambil, itu lah tanda faham.
“Anak mula faham selalunya dalam lingkungan 2 tahun ke atas, bahkan sesetengah bayi berusia setahun lebih dia dah boleh ikut kata dan faham. Waktu inilah kita boleh mula mengajar dia megenai tauhid,” jelasnya.
Selain itu, ibu ayah di luar sana juga diingatkan agar sentiasa menyebut tentang Allah dan kuasa-kuasaNya. Banyakkan sebut tentang tuhan pada anak supaya dia membesar, dia akan tahu semua yang bagi adalah datang dari Allah.
Allah yang bagi makanan sedap, bagi susu itu adalah Allah juga. Ibu hanya asbab, hanya perantaraan sahaja. Biar dia faham segala-galanya adalah dari Allah walau sekecil perkara.
“Rasulullah SAW mengajar kita agar menyuruh anak solat ketika di umur 7 tahun. Itulah yang dipanggil soal Akidah [Tauhid] dulu baru Ibadah [Feqah]. Solat solat tetapi tak kenal Tuhan,” katanya.
Bila dia dah 7 tahun dia akan solat kerana Allah bukan lagi kerana ‘ada ibu ayah dirumah’. Ajar anak supaya hidup bertuhankan Allah, bukan bertuhankan makhluk.
Bila masuk tentang tauhid dulu dalam hidup anak, insyaAllah perkara lain pun apabila diajar akan lebih mudah. Mudah budak itu nak faham bila dia dah tahu maksud dan tujuan dalam hidup iaitu hanya Allah.
Baca juga: Salah Siapa Generasi Sekarang ‘Perangai’ Semakin Menjadi-Jadi? Ibu Ayah Baca PERINGATAN Ini
Sumber: Facebook Cahaya Cahaya
