Euforia Bola 2026
Cantik

Dah Masuk Umur 40-an Kulit Masih Tak Kedut, 6 Petua Ini Memang Menjadi!

HILANGKAN KEDUT DI MUKA

Apabila anda memasuki usia 40-an pasti pelbagai cara akan dicuba untuk hilangkan kedut di muka. Hal ini kerana memiliki wajah berkedut boleh mengurangkan keyakinan diri.

Jadi, bagi memastikan kulit kekal anjal dan tidak berkedut, anda boleh cuba beberapa cara di bawah ini. Barulah lebih yakin untuk keluar!

Baca juga: Cara Buat Mask Muka Paling Viral Di Korea, Kulit Pasti Licin & Berkilat!

HILANGKAN KEDUT DI MUKA DENGAN CARA INI UNTUK KEKAL MUDA

HILANGKAN KEDUT DI MUKA

1. Lakukan senaman muka

Melakukan senaman dan pergerakan di bahagian muka mampu menghilangkan kedut di muka. Dalam masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan stres.

2. Tidur secara telentang

Kajian mendapati pada tahun 2016, tidur secara telentang dapat mengurangkan kedutan di bahagian muka. Selain itu, tidur secara mengiring juga difahamkan boleh membuatkan kulit wajah rosak.

Sarung bantal juga memainkan peranan penting dan ada baiknya jika menggunakan material jenis satin untuk mengurangkan iritasi di bahagian muka.

3. Makan makanan yang kaya vitamin

Kajian pada 2019 mendapati bahawa seramai 2700 wanita mengalami kedutan di wajah kerana pemakanan. Pengambilan daging dan jajan yang banyak, boleh mengakibatkan muka berkedut.

Jadi, makanan yang sesuai untuk hilangkan kedut di muka adalah yang bersifat anti oksidan dan anti inflamasi seperti:

  • Teh hijau
  • Minyak zaitun
  • Salmon
  • Avokado
  • Buah delima
  • Labu
  • Sayuran berdaun hijau
  • Brokoli

4. Kekal hidrasi

Selanjutnya, hilangkan kedut di muka adalah dengan cara minum air putih mengikut kuantiti diperlukan. Ini berfungsi untuk membuang toksin dalam badan, membantu sisten penghadaman dan mengawal suhu badan anda.

Minum air putih secara mencukupi boleh membantu mengekalkan kulit anda sihat dan kekal hidrasi. Menurut kajian pada tahun 2015, wanita yang memiliki kulit muka sihat minum air putih secara mencukupi.

5. Sentiasa lembapkan kulit

Kedutan di wajah biasanya berlaku disebabkan kulit muka kering. Jadi, cara hilangkan kedutan tersebut adalah dengan memakai pelembap wajah.

Penggunaan pelembap wajah sangat penting kerana membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Apabila anda semakin tua, kulit akan menjadi lebih kering.

6. Guna produk penjagaan kulit

Cara hilangkan kedut di muka yang terakhir adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit jenis anti penuaan (anti aging).  Produk ini mempunyai bahan yang sesuai untuk mengurangkan kedutan di muka.

Jadi, sekiranya sudah memasuki umur 40-an, jangan lupa amalkan 6 langkah di atas ini ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Hilangkan Sunburn Guna 4 Bahan Di Dapur, Kulit Pun Boleh Glow Juga!

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×