Didakwa mencuri sebatang pen, seorang pelajar sekolah Kelas 3 telah dipukul dengan kayu api, diseksa dan dikurung dalam sebuah bilik selama 3 hari. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah asrama sekolah.
Harian Metro melaporkan, keluarga kanak-kanak itu mendakwa, mangsa Tarun Kumar, yang tinggal di asrama sekolahnya menerima lebam teruk dipercayai dipukul penjaga asrama berkenaan, Venugopal, dan pembantunya.
PELAJAR SEKOLAH DIPUKUL KERANA SEBATANG PEN

Gambar: TARUN Kumar cedera teruk didakwa dipukul guru dan pembantu guru. FOTO Agensi
Satu kes sudah didaftarkan terhadap tertuduh.
“Dua budak lelaki dan seorang guru memukul saya. Mereka pukul saya dengan kayu api, dan apabila ia pecah, mereka menggunakan alat lain.
“Mereka juga menyebabkan luka pada badan saya. Selain itu, mereka turut membawa saya ke Yagdir untuk meminta sedekah di stesen kereta api, tetapi saya tidak menerima sebarang wang,” kata kanak-kanak itu ketika menceritakan pengalaman pahitnya.
Tarun berkata, dia dipukul hanya kerana sebatang pen.
Kanak-kanak lelaki itu mengalami pelbagai kecederaan, malah matanya bengkak akibat serangan itu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut keluarga mangsa, anaknya tinggal di asrama kerana keadaan kewangan yang menghimpit mereka.
Baca juga: Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah!
Rakan sekelas tuduh mangsa mencuri pen
Ketika sedang bermain, seorang rakan sekelasnya menuduhnya mencuri pen dan melaporkan kejadian itu kepada pihak asrama, yang kemudian memukul kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.
Kejadian itu terbongkar apabila ibu Tarun melawat asrama tersebut.
“Anak saya bernama Tarun Kumar. Dia berada di Kelas 3, seorang lagi anak lelaki saya Arun Kumar di Gred 5.
“Mereka berdua tinggal di asrama. Namun, ketika melawat mereka, anak sulung saya, Arun, memaklumkan Tarun diserang menyebabkan mukanya lebam,” kata wanita itu.
Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!
Anak saya tidak mencuri dia hanya ambil pen yang terjatuh
Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan anaknya mencuri pen terbabit.
“Dia hanya mengambil sebatang pen yang jatuh dan meletakkannya di tempat lain.
“Seorang rakannya memberikan sebatang pen guru kepada anak saya pada Sabtu kerana dia tidak mempunyai pen.
“Ketika (mereka) mencari pen pada Ahad, guru menemuinya bersama anak saya, dan kejadian ini berlaku,” katanya.
Mangsa dipukul teruk guna tali pinggang dan ditutup mata sambil diikat tangan
Dakwanya, guru berkenaan menyeksa anaknya dengan teruk dengan memukul menggunakan dua tali pinggang, menutup mata dan mengikat tangannya.
“Guru itu juga menyebabkan luka di kaki dan tangan serta memukulnya sehingga tengah malam,” dakwa ibunya.
Sementara, seorang aktivis kanak-kanak, Sudarshan berkata, kanak-kanak lelaki itu sudah diselamatkan dan perkara itu turut dibangkitkan dengan berkuasa kerajaan di Kementerian Kebajikan Wanita dan Kanak-kanak.
Buat pengetahuan pembaca, kejadian tersebut berlaku di dalam sebuah asrama sekolah yang terletak di Raichur Karnataka, India.
Baca juga: 5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!
Sumber: Harian Metro
FT Image: Agensi / thepenloversnook
