Mesti anda tertanya-tanya kan, bagaimana rasanya Mi Sejuk Korea (Naengmyeon) yang dimakan bersama kuah sejuk bercampur sedikit ais? Bila lihat orang Korea menghirup kuahnya sampai keluar bunyi “slurppp” banyak kali, sedap betul ya nampaknya!
Secara tak langsung, rakyat negara luar yang melihatnya terasa ingin mencuba. Sebenarnya, anda di Malaysia boleh sahaja membuatnya sendiri dengan bahan tempatan yang ada tak perlu sampai terbang ke Korea. Jom ikuti perkongsian resipi Mi Sejuk Korea oleh Zurina Zulkefli.
Baca juga: Resipi Mudah Ikan Keli Goreng Berlada, Bau Sedapnya Perghhh Buat Jiran Datang Rumah!
MI SEJUK KOREA

Gambar: Zurina Zulkefli
Sempena hari jadi saya, saya teringin sangat nak rasa satu menu yang selalu saya tengok orang Korea makan iaitu Mi sejuk. Mi yang dimakan dengan kuah sejuk atau sup rebusan berais.
Apa rasa agaknya makan mi yang berais? Dekat Malaysia yang berais-ais ini biasa rasa cendol saja. Kalau tengok orang Korea makan mi sejuk ini, bukan main slurrrp slurrrp. Sedap sangat keee?
Setelah memahami beberapa resipi, hari ini saya cuba buat dengan menggunakan bahan tempatan saja. Apa yang ada di pasar raya. Saya kongsikan beberapa gambar dan hasilnya memuaskan hati saya.
Apa rasa dia? Sedikit janggal sebab mi dimakan dengan kuah yang sejuk. Tapi mi wantan yang kenyal sesuai dimakan dengan sup yang berais.
Rasa kuah manis-manis bersavori dicampur dengan sos pedas, boleh telan. Kalau ikut tekak peminat makanan Korea rasanya sedap saja. Tekak suami saya tak boleh terima.
Baca juga: Resipi SAMBAL CUKA Tahan Lama, Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dengan Nasi Ayam!
Bahan & penyediaan air rebusan stok daging:

Gambar: Zurina Zulkefli
- 2 setengah cawan air dituang ke dalam periuk
- 1 kiub pati daging
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar gula perang
- Sedikit garam
- 1 batang daun bawang
- Campurkan dan biarkan sehingga mendidih.
- Tutup api dan tunggu air rebusan sampai suam.
- Kemudian, boleh simpan dalam sejuk beku untuk disejukkan.
Baca juga: Senang Je Nak Pilih IKAN SEGAR, Bila Ingat 7 Tips Ini Tengok Dari Jauh Pun Dah Tahu!

Gambar: Zurina Zulkefli
Bahan & penyediaan Mi Wantan:
- Panaskan air dan rebus mi sehingga empuk.
- Angkat dan toskan.
Bahan & penyediaan sos pedas:
- Campurkan sos Korea paket adabi dengan sesudu gula, minyak bijan dan seulas bawang putih cincang.
Baca juga: Cara Buat SERBUK BAWANG PUTIH & Letak Sikit Je, Makanan Terus Sedap!
Cara penyediaan Mi Sejuk Korea:

Gambar: Zurina Zulkefli
- Ais batu
- Hirisan timun
- Daging lembu dipanggang
- Telur rebus
- Biji bijan disangai
- Simpulkan mi dan letak ke dalam mangkuk.
- Tuangkan kuah yang dah sejuk, kemudian campurkan sedikit ais.
- Susunkan hirisan timun.
- Letakkan daging dan tuangkan sos pedas.
- Akhir sekali telur rebus dan biji bijan.
Baca juga: Guna Nanas Untuk Lembutkan ‘Mutton Shoulder’ Daging Biri-Biri Tua, Rasa Kekal Enak!
Sumber: Zurina Zulkefli
FT Image: Zurina Zulkefli
