Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Itu Tanda Sarang Ular Jika Ada Lubang Macam Ini Di Rumah Anda, Hati-Hati!

sarang ular

Ular merupakan salah satu haiwan reptilia digeruni oleh rata-rata orang kerana ia mempunyai tekstur menggelikan dan racun yang boleh meragut nyawa manusia. Sekiranya anda mendapati di kawasan rumah ada lubang di tanah, ia berkemungkinan merupakan sarang ular.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, penulis kongsikan beberapa ciri-ciri anda perlu ketahui terutamanya jika halaman rumah mempunyai tanaman yang banyak.

Baca juga: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini

5 TANDA LUBANG DI TANAH ADALAH SARANG ULAR, TAKUTNYA

SARANG ULAR

Antara ciri-cirinya adalah:

1. Saiz lubang

Salah satu cara untuk mengenali ciri-ciri sarang ular di tanah anda perlu melihat saiz lubang tersebut. Kebanyakan ular akan membuat lubang dengan diameter 2.5 cm atau kurang.

Kedalaman lubang, reptilia ini boleh menggali sehingga 91 cm, tetapi biasanya panjang yang mereka perlukan adalah sekitar 15 25 cm sahaja.

2. Keadaan lubang ular

Tanda kedua lubang di tanah itu adalah sarang ular adalah anda perlu melihat bentuk luaran lubang tersebut. Ini bermakna, sekiranya ia tidak meninggalkan kesan cakar, itu adalah dilakukan oleh ular, bukan tikus.

Jika ia adalah tikus, biasanya akan meninggalkan kesan cakar di dalam lubang. Selain itu, timbunan tanah dalam lubang tikus lebih besar dan lebih meluas.

3. Sarang ular – ada sisi kotoran

Tanda lubang ular di tanah yang selanjutnya adalah ada sisa najis bertaburan di sekitar lubang tersebut. Ular memakan tulang, bulu tikus atau serangga.

Najis ular mempunyai jalur coklat gelap yang keras, pucat, dengan salutan serbuk putih di satu tempat.

4. Cuba masukkan kayu

Bagi menentukan itu lubang sarang ular atau tidak, anda boleh cuba memasukkan kayu panjang ke dalam lubang tersebut. Ular akan keluar sekiranya rasa terganggu dan menyerang kayu tersebut.

Jadi, berhati-hati sekiranya menggunakan teknik ini kerana ia boleh mencederakan diri anda.

5. Ada kulit ular

Cara terakhir untuk mengenali pasti itu merupakan sarang ular atau tidak adalah dengan melihatan di sekitar kawasan tersebut. Sekiranya anda menjumpai kulit ular dengan kerap, itu merupakan salah satu petanda yang jelas.

Jadi, jika ada lubang kecil di tanah sekitar rumah anda, sila semak dengan cara di atas agar keselamatan diri tidak terancam.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Hasil Berjimat Selama 21 Tahun, Lelaki Ini Berjaya Bersara Dengan Simpanan RM4 Juta

Sumber: Radar Kuningan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×