Euforia Bola 2026
Famili

Anak Mesti Teruja Ronda KL Naik Bas 2 Tingkat Tanpa Atap, Ini Panduan Trip Siang & Malam!

hop on hop off

Tak perlu pergi jauh-jauh, dalam negara pun sudah memadai untuk mencuci mata dengan melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur yang maju dan kaya sejarah, selain bangunan pencakar langitnya. Lebih best kalau anda menikmatinya dengan menggunakan perkhidmatan bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur ini, yang pastinya tidak perlu penat berjalan kaki atau memandu kenderaan.

Bukan kanak-kanak sahaja teruja, pastinya anda sebagai orang dewasa turut sama gembira. Ditambah pula, perkhidmatan trip ini beroperasi setiap hari pada waktu siang dan malam. Mari lihat perkongsian Khairul Anwar di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

HOP ON HOP OFF SERVIS BAS KUALA LUMPUR

hop on hop off

Gambar: Khairul Anwar

Pusing satu Kuala Lumpur dalam masa 2 jam. Jom bawa anak-anak Ronda KL dengan bas dua tingkat tanpa atap. Bukan anak sahaja yang seronok, mak bapak pon seronok hehe!

Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!

TRIP SIANG (RONDA-RONDA KL HOP-ON HOP-OFF BUS)

  1. Kalau siang, dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Waktu trip terakhir kena naik bas jam 4:00 petang ya.
  2. Boleh naik dekat mana-mana pit stop.
  3. Harga tiket:
  • Dewasa: RM30
  • Kids (5-12y): RM20
  • Kids (0-4y): FREE
hop on hop off

Gambar: peta panduan trip siang – https://www.myhoponhopoff.com/kl/#tourmap

Baca juga: Cara Jimat Pergi KLIA2 Tak Sampai RM10 Pun & Tak Perlu Keluar Duit Untuk E-Hailing!

TRIP MALAM (KL CITY OF LIGHTS TOUR HOP-ON HOP-OFF BUS)

  1. Kalau malam, dari jam 8:00 malam hingga 10:00 malam. Ada satu waktu ini sahaja.
  2. WAJIB naik bas di Check Point Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang sahaja.
  3. Harga tiket:
  • Dewasa: RM35
  • Kids (5-12y): RM20
  • Kids (0-4y): FREE

Selain itu, anda boleh beli tiket online, so tak perlu nak beratur panjang: https://s.shopee.com.my/1B1Z2A6vqP . Redeem tiket di kiosk Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang kalau naik dari sana. 

Tips:

Pastikan makan siap-siap sebelum naik bas sebab tak boleh bawa makanan. Boleh bawa air kosong, nanti haus sebab 1 trip, 2 jam juga.

Baca juga: 7 Tempat Bersejarah Yang Wajib Anda Pergi Sempena Bulan Kemerdekaan, Pupuk Rasa Cinta Kepada Negara!

LAMAN RASMI HOP-ON HOP-OFF BUS

bas hop on hop off

Gambar: Instagram @klhoponhopoff

Melalui pemerhatian penulis di laman Instagram @klhoponhopoff , anda juga boleh membeli tiket trip tersebut di laman web rasmi mereka iaitu di: https://ticket.myhoponhopoff.com/ .

Selain harga 2 trip di atas, mereka juga menyediakan harga pakej keluarga untuk trip siang. Nak tahu maklumat lanjut boleh layari laman web tersebut.

Baca juga: Di Bumi Ada 8 Lokasi Matahari TIDAK TERBENAM Selama Berbulan-Bulan! Lamanya~

Sumber: Khairul Anwar / Instagram @klhoponhopoff

FT Image: myhoponhopoff  / ticket.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×