Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Ramai Yang TAKUT Bila Perubahan Ini Berlaku Pada Payudara, Rupanya Normal Je…

perubahan pada payudara

Perubahan pada payudara sudah tentunya akan membuatkan rata-rata kaum wanita takut kerana mula menganggap itu adalah kanser. Namun, sesetengah perubahan adalah normal dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon.

Jadi, bagi mengelakkan para wanita di luar sana berada dalam keadaan risau, penulis ada kongsikan beberapa contoh perubahan pada payudara yang biasa terjadi.

Baca juga: Malam Pertama Susah Nak ‘Masuk’ Sebab Si Isteri Ada Penyakit No.1 Ini!

PERUBAHAN PADA PAYUDARA YANG BIASA BERLAKU, JANGAN RISAU

PERUBAHAN PADA PAYUDARA

1. Berubah saiz selepas hamil

Perubahan pada payudara yang boleh berlaku selepas hamil adalah saiz dan bentuk buah dada. Bagi anda yang tidak tahu, perbezaan ini adalag normal dan ia tidak akan kembali kepada bentuk asal.

2. Payudara sensitif bila minum kopi

Jika anda peminat tegar kopi, kesan sampingannya adalah boleh menyebabkan payudara lebih sensitif. Kafein merangsang tisu payudara menjadikannya lebih sensitif terutamanya pada hari sebelum menjelang haid.

3. Perubahan pada payudara – puting lebih gelap

Selain itu, perubahan pada payudara yang biasa terjadi adalah puting menjadi lebih gelap. Menurut Dr Sherry Ross, perubahan ini berlaku kerana peningkatan estrogen dan progestron dan meningkatkan pigmentasi pada puting dan areola.

4. Lebih besar ketika hamil

Perubahan pada payudara yang biasa terjadi selanjutnya adalah lebih besar ketika hamil. Hal ini kerana ketika hamil pengeluaran susu berlaku dan payudara memasuki fasa penyusuan.

Hormon kehamilan iaitu estrogen dan progesteron menggalakkan saluran lemak sehingga saiz payudara meningkat secara automatik.

Apabila perubahan pada payudara semasa hamil mula dirasai, anda perlu menggunakan coli yang memberikan sokongan pada payudara untuk mengelakkan geseran atau impak yang membuatkan buah dada terasa sakit.

5. Kanan kiri berbeza ukuran

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Utah, kira-kira 90% payudara tidak mempunyai ukuran yang sama. Ini bermakna ia adalah perubahan payudara yang biasa berlaku dan tidak perlu dirisaukan.

6. Perubahan pada payudara – sentiasa kencang

Perubahan pada payudara yang biasa berlaku adalah sentiasa rasa kencang atau bengkak sebelum haid. Menurut Doktor Jodie Horton, perkara itu berlaku kerana perubahan hormon dan ia akan kembali normal selepas datang bulan.

Baca juga: ‘Penyondol’ Rumah Tangga Orang Boleh Didenda Atau Dipenjara. Jangan Suka Sangat!

Sumber: Hi Medik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×