Euforia Bola 2026
Famili

Budak Lelaki Panik Berlari Mintak Tolong, Gara-Gara Ibu Saudaranya Tersangkut Dalam Lif!

lif rosak

Lif merupakan kemudahan berteknologi tinggi yang wujud di dalam bangunan bertingkat bagi memudahkan pergerakan naik turun pengguna. Namun, ia boleh mengundang bahaya pada keselamatan seseorang jika terjadinya lif rosak dan tersangkut di dalamnya. Boleh haru-biru perasaan!

Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

LIF ROSAK SEORANG WANITA TERPERANGKAP

lif rosak

Gambar: Tiktok @zr.woon

Baru-baru ini, sebuah video di laman Tiktok @zr.woon telah mendapat perhatian warga maya sebanyak 3.9 juta tontonan. Video tersebut memaparkan seorang wanita telah tersangkut di dalam sebuah lif, sementara kanak-kanak yang menyaksikan insiden itu berada dalam keadaan panik.

Menerusi video berkenaan, wanita yang terperangkap dikenali sebagai Alam (Mak Lang), cuba menenangkan anak buahnya bernama Iman yang telah selamat keluar dari lif kerana cemas melihat keadaannya itu.

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

Anak buah panik tetapi ambil tindakan bijak menjerit minta tolong!

lif rosak

Gambar: Tiktok @zr.woon

Difahamkan, Alam telah menekan loceng kecemasan berkali-kali namun masih jua tiada bantuan yang sampai. Dapat dilihat juga wanita itu menggunakan bekal untuk mengelakkan pintu lif tertutup sepenuhnya.

Selain itu, anak buahnya pula dilihat mengambil tindakan bijak dengan berlari ke hulur ke hilir sambil menjerit perkataan “tolong” agar makciknya dapat diselamatkan dengan segera.

Tidak lama selepas itu, ibu kepada Iman telah pun sampai ke lokasi kejadian dan terus menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan Alam. Pihak Bomba dan Penyelamat Taman Desa tiba di sana, selepas 10 minit dihubungi dan memulakan operasi mengeluarkan Alam.

“Alhamdulillah Alam selamat. Terima kasih abang Bomba dan kakak operator 999,” tulis ibu Iman.

Lihat video penuh di bawah:

@zr.woonKisah harini Alam sangkut lift, nasib baik Iman selamat keluar dulu 🥺 trauma dia sorang2 jadi saksi Alam tersepit and tersangkut dalam lift 🥺🥺

♬ original sound – zrwoon

Baca juga: Sulung Makan Hati 5 Adik Tak Kenang Budi, Ambil Semua Duit Terus Tak Bagi Muka!

Sumber: Tiktok @zr.woon

FT Image: Tiktok @zr.woon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×