Euforia Bola 2026
Famili

Tahan Lapar Banyak Kebaikan Yang Orang Tak Nampak, Jangan Asyik Fikir Makan!

AMALAN BERLAPAR

Masih ramai lagi dalam kalangan kita tidak tahu mengenai kebaikan berlapar. Hal ini kerana rata-rata menganggap ia boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak makan.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Sha Ramson Abdullah, amalan berlapar banyak fadilat yang tidak disangka-sangka.

Baca juga: Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

AMALAN BERLAPAR YANG RAMAI TAK NAMPAK KEBAIKAN

AMALAN BERLAPAR

Amalan yang paling payah namun fadilatnya sangat besar iaitu berlapar. Kita boleh berpuasa mengikut waktu puasa. Bagi peringkat pertengahan dan paling tinggi, boleh amalkan Intermittent Fasting (IF) atau OMAD (One Meal A Day) iaitu makan sekali sahaja sehari tetapi boleh minum air.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan makan bagi menundukkan hawa nafsu diri kita. Berlapar tidak akan memudaratkan diri dan jangan tertipu atau terpedaya dengan hawa nafsu yang nak makan tak henti-henti.

Dalam pengajian Fardu Ain (Tasawwuf) syarah Kitab Qalbun Salim (Penawar Bagi Hati), ada menyebut keburukan kenyang. Antaranya adalah:

– Tidak rasa sedap ketika mengerjakan ibadah.

– Menambah keinginan hawa nafsu.

– Tidak ada perasaan belas kasian kepada orang miskin kerana ketika dia kenyang. Dia menyangka semua orang juga kenyang. Tidak seperti jika dia lapar, dia akan merasa simpati terhadap orang miskin yang juga lapar sepertinya.

– Sukar mengingat ilmu yang boleh memberi manfaat.

– Orang yang memiliki iman yang sempurna selalu berulang alik ke masjid dan orang yang terlalu kenyang pula selalu berulang-alik ke tandas.

Saya suka amalan berlapar, duit pun jimat dan tak ada masalah jika tak makan. Duit yang ada untuk beli makanan selalunya saya guna untuk beli kitab pengajian Fardu Ain. 

Baca juga: Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×