Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Harga Rumah Semasa Ikut Jenis 7 Kediaman Ini, Mana Satu Idaman Anda?

harga rumah

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Kalau dulu harga rumah di bawah nilai RM100,000 amat mudah ditemui, namun kini harga rumah semasa sudah melebihi RM300,000.

Harganya juga berbeza bergantung pada jenis rumah dan fasiliti yang disediakan. Di Malaysia, terdapat 2 kategori rumah iaitu landed (atas tanah) dan juga strata (bertingkat) yang mempunyai jenis rumah berbeza di bawah setiap satunya. Justeru itu, di bawah terdapat perincian harga rumah baru mengikut jenis rumahnya untuk anda ketahui.

Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

HARGA RUMAH

Sebelum itu, buat pengetahuan pembaca harga semasa jenis rumah yang baru dibina di bawah adalah berdasarkan carian penulis di laman web iProperty.com.my . Di mana, negeri-negeri yang tiada namanya bermaksud tiada data ditemui di dalam carian tersebut, semasa artikel ini ditulis.

Baca juga: Khabarnya Mulai Ogos, Pinjaman Penuh (Full Loan) Beli Kereta Dah Tak Ada Lagi?

LANDED

1. Rumah teres (Terraced house)

Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house. Binaan teres adalah seperti sebarisan kediaman yang bercantum berkongsi dinding tepi. Di mana, di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah lain.

Rumah teres kadang-kadang dibina dua tingkat, tiga tingkat atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam dan sidai baju.

Berdasarkan carian penulis di iProperty.com.my , anggaran nilai rumah teres 2 tingkat paling rendah di dua negeri iaitu Selangor dan Johor tidak mempunyai jurang perbezaan yang tinggi. Di mana, Selangor bernilai RM 618,000 , manakala Johor RM 672,000.

Di Negeri Sembilan pula, nilai paling rendah untuk teres jenis ini adalah RM 225,000.

  • Negeri Sembilan – RM 225,000
  • Selangor – RM 618,000
  • Johor – RM 672,000

2. Rumah berkembar (Semi-detached)

Rumah semi-detached boleh dianggap sebagai kembar siam kerana ia jenis duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan buat sebagai tempat letak kereta, bercucuk-tanam, landskap dan sebagainya.

Ada pemilik rumah juga akan membuat renovasi dan tambah bilik atau besarkan ruang. Selain itu, ada orang memilih untuk membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu rumah iaitu banglo!

Data di iProperty.com.my menunjukkan rumah berkembar di negeri Terengganu boleh dimiliki dengan anggaran minimum RM 799,000. Namun, nilai paling rendah di negeri Selangor dan Johor pula mencecah sehingga jutaan ringgit seperti yang anda lihat di bawah ini.

  • Terengganu – RM 799,000
  • Selangor – RM 1,453,800
  • Johor – RM 1,500,000

3. Banglo (Bungalow)

jenis rumah

Gambar: Lin Ho

Banglo mempunyai kawasan yang agak luas untuk tapaknya sendiri. Selain itu, jarak antara satu rumah banglo dengan sejenisnya itu pun agak jauh.

Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Banyak pemilik rumah banglo, gemar bercucuk-tanam dan membuat hiasan landskap di sekeliling rumah.

Hasil carian di iProperty.com.my menunjukkan, anggaran nilai rumah banglo di negeri Terengganu boleh dimiliki serendah RM 799,000. Bagi Negeri Selangor pula tidak sah jika tidak mencecah jutaan ringgit iaitu pada nilai RM 3,817,800.

  • Selangor – RM 3,817,800
  • Terengganu – RM 799,000

Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!

Baca juga: Pelikkan Semut Suka Berumah Di Soket, Abang Pakar Kongsi Sebab & Cara Atasi!

SRATA

4. Pangsapuri (Flat)

jenis rumah

Gambar: propertyguru

Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok di dalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke 14 tingkat atau lebih yang kebiasaannya, tidak dilengkapi dengan kemudahan pengawal keselamatan atau lif yang baik servisnya.

Kebanyakan kos flat adalah rendah atau sederhana rendah, maka tidak hairan ia paling murah berbanding jenis rumah lain. Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama.

Sayangnya, tiada data harga rumah flat yang ditemui di iProperty, yang menurut penulis berkemungkinan tiada binaan baru yang sudah siap setakat ini.

5. Pangsapuri (Apartment)

jenis rumah

Gambar: propertyguru

Di negara ini, apartment digunakan sebagai istilah meluas bagi perumahan dengan pelbagai kemudahan seperti kolam mandi dan tempat pakir berbumbung, selain turut merangkumi kondominium mewah.

Saiz keluasan apartment lebih besar dari flat tapi lebih kecil dari kondominium. Dari segi harga, boleh dikatakan apartment dalam lingkungan kos rendah ke sederhana berdasarkan lokasi.

Dari segi ketinggian, terdapat apartment yang jenis low-rise (rendah) dan kebanyakan high-rise (tinggi). Selain itu, pemilik apartment akan memiliki keseluruhan unitnya, kawasan di depan unitnya dan selain dari itu dimiliki bersama.

Di Kuala Lumpur, anggaran nilai apartment boleh dimiliki serendah RM 300,00. Diikuti negeri Johor yang dianggarkan RM 328,00 dan ke atas. Sementara itu, negeri Selangor adalah RM 469,000.

  • Kuala Lumpur – RM 300,000
  • Johor – RM 382,000
  • Selangor – RM 469,000

6. Kondominium

Kondominium adalah yang paling mewah antara kesemua jenis rumah strata. Reka bentuk yang moden, lebih luas dan kemudahan-kemudahan yang disediakan lebih banyak dan hebat berbanding apartment seperti ruang letak kereta berdaftar untuk setiap unit.

Pengawal keselamatan rumah jenis ini biasanya sangat tegas, yang mana setiap pemilik atau penyewa akan mempunyai kad akses untuk memasuki kawasan kondominium. Kebanyakan kondominium mempunyai sebuah unit dinamakan clubhouse yang memiliki kolam renang, gimnasium, surau, kedai-kedai makan, pejabat pengurusan, dobi dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan penyewa.

Malah, kondominium juga boleh dipecahkan kepada beberapa sub-unit iaitu biasa, standard, penthouse dan duplex yang berbeza dari segi reka bentuk, keluasan dan harga. Berikut merupakan anggaran minimum nilai kondominium baru di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

  • Selangor – RM 498,300
  • Kuala Lumpur – RM 628,800
  • Pulau Pinang – RM 788,584

7. Townhouse

Townhouse adalah sebuah jenis rumah yang agak menarik. Di mana, ia menggabungkan di antara strata dan landed dari segi rupa bukan legal dan pemilikan tanah dan biasanya mempunyai 2 tingkat atau lebih.

Uniknya reka bentuk townhouse, seolah-olah rumah teres tetapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung antara satu sama lain. Maksudnya, setiap pemilik memiliki 1 unit untuk sesuatu tingkat di rumah townhouse itu. Pemilik rumah akan memiliki pintu rumah berbeza dan bahagian letak kereta sendiri.

Bagi rumah townhouse 2 tingkat, kawasan sekitar rumah akan dibahagi dua. Namun, rumah townhouse lebih dari 3 tingkat kemungkinan besar tidak akan banyak ruang untuk dikongsi sebab ia mirip rumah strata lain.

Di negeri Selangor, RM 459,900 merupakan anggaran nilai paling rendah yang boleh dimiliki bagi rumah townhouse baru setakat ini.

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Sumber: Mohd Sazli Cikgu Autocad / iProperty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×