Euforia Bola 2026
Asuh

Didik ANAK LELAKI Kena Macam 5 Tips Ini, Besar Nanti Mampu Jadi Ikon Dunia!

tips didik anak

Membesarkan anak-anak lelaki bukanlah tugas yang mudah. Di mana, di bahu mereka sudah terletak tugas dan tanggungjawab yang besar, selain diciptakan oleh Allah SWT sebagai pemimpin. Oleh itu, tips didik anak lelaki ini sangat diperlukan ibu bapa di luar sana sebagai panduan untuk membantu anda melahirkan dan membentuk para lelaki yang berkualiti kelak.

Jom lihat 5 tips didik anak lelaki seperti dikongsikan Baby Language.

Baca juga: Ibu Bimbang Anak Gesel Alat Sulit Pada Sofa, Rupanya Dalam Fasa Phallic. Sila Beri Perhatian!

TIPS DIDIK ANAK LELAKI

tips didik anak

Gambar: jcomp

1. Jangan amal budaya toksik maskulin

  • Salah: “Budak lelaki mana boleh nangis.”
    Betul: “Bila kita rasa sedih, kita menangis.”
  • Salah: “Awak ni penakut macam girl lah.”
    Betul: “Semua orang ada rasa takut, termasuk mama dan abah.”
  • Salah: “Boy kena kuat! Tak boleh lembik!”
    Betul: “Abang nak mama peluk?”

Toksik maskuling ialah stereotaip bahawa lelaki perlu berkelakuan dengan kelakuan-kelakuan tertentu menurut standard kelakian sosial sesuatu budaya atau masyarakat. Misalnya kasar, dominan dan anti feminin.

Ia melahirkan lelaki yang tak sihat mental dan emosi akibat tekanan untuk memendam perasaan, dan masalah dari diketahui orang serta lemah kemahiran pengurusan konflik.

Baca juga: 5 Manfaat Bayi Tengok Imej Warna Hitam & Putih Sebelum Usia Setahun!

2. Ajar kemahiran kawalan emosi

Sabda Rasulullah SAW:

“Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia amrah.” (HR Bukhari)

Sains psikologi buktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW ini, kerana menahan diri dari bertindak mengikut kemahuan hati adalah TERPALING SUSAH untuk manusia lakukan.

Bagi seseorang memiliki kekuatan hebat ini, ia perlukan latihan sejak kecil. Bagaimana caranya? Sentiasa:

  • OK kan perasaan anak tapi BETULKAN kelakuannya.

“It’s OK rasa marah, tapi tak OK untuk pukul orang. Adik pukul bantal atau jerit ‘argh!’ bila marah.”

  • Jangan lupa puji anak secara spesifik bila ia terjadi.

“Tadi mama nampak abang rasa marah bila adik makan biskut dekat mangkuk abang. Abang hebat sangat tak jerit pada adik tapi abang cepat-cepat lari makan dekat tempat lain.”

Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!

3. Ajar akui kesilapan dan terima kesannya

Anak akan jadi penakut bila asyik dimarahi atau dikritik ketika cuba bersuara atau berterus-terang. Modelkan kepada anak bagaimana anda selalu usaha kekal tenang bila berdepan masalah dan fokus membaiki keadaan.

Contohnya:

“Terima kasih sebab abang mengaku terpecahkan semua telur ini. It’s OK, sebab tak sengaja. Sekarang mama tunjuk cara bersihkan dan abang buat sampai siap.”

4. Buat anak bekerja tanpa ‘gender lables’

tips didik anak

Baca juga: freepik

‘Gender Labels’ adalah fikiran bahawa lelaki dan wanita ada tugasan spesifik untuk dilakukan. Contohnya,

  • Wanita perlu memasak, menghidang dan mengemas sisa makanan kerana tugas lelaki adalah ‘berpenat-penat’ bekerja mencari rezeki diluar rumah,
  • atau kerana merasakan tugas rumah ‘tak macho’ untuk lelaki

Ajar anak mengurus  diri dan rumah kerana membuat ‘kerja-kerja bawahan’ itu mendidik rasa rendah diri dan paling penting ia mengajar anda berdikari.

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

5. Benarkan anak buat keputusan dan belajar darinya

Ada masa, ibu bapa perlu berhenti jadi ‘control freak’. Asyik cari gaduh dengan anak dalam hal-hal kecil yang mengakibatkan kedua ibu bapa dan anak masing-masing enggan mengalah dalam mengawal situasi.

Anak yang matang belajar dari ‘natural consequences’ akibat keputusannya. Misalnya,

Tak usah bertekak atau sibuk cuba menerangkan kepada anak bahawa jaket tebal tak sesuai dipakai pada waktu tengah hari, ketika anak beria-ia mahu memakainya.

Biarkan anak pakai dan kemudian katakan:

“Teriknya matahari ini. Panas betul rasanya. Abang rasa sendiri badan abang dan pilih sama ada nak terus pakai jaket tebal itu atau tak, OK?”

Ingat otak anak kecil tak faham logik dan alasan. Itu punca berapa banyak penjelasan anda cuba beri, anak tak mampu terima sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, usah sampai buat anak meragui kemampuan dirinya untuk cuba berfikir dan bertindak akibat sikap ‘control freak’ ibu bapa.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

Sumber: Baby Language

FT Image: baby language / majalahpama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×