Terbaharu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan kes buli sehingga membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Walaupun ramai yang ‘puas’ dengan keputusan undang-undang ini namun ramai anak-anak yang telah dihantar ke sekolah berasrama masih berhadapan dengan kes buli yang kita tidak tahu. Buat anda yang pernah merasai pengalaman ‘ngeri’ dibuli di asrama, mesti pernah berhadapan dengan 6 situasi ini.
Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini
KES BULI DI SEKOLAH BERASRAMA, WAJIB DISURUH BUAT 6 PERKARA INI OLEH SENIOR

1.Kena kemas katil senior
Tidak kira sama ada di sekolah berasrama atau kolej kediaman universiti, aktiviti membuli yang sering berlaku adalah mengemas katil senior. Mungkin kalau yang tinggal dalam asrama kolej adalah 2-4 orang, kurang terjadi hal sebegini namun, kebiasaan asrama sekolah yang biasa akan menempatkan lebih kurang 10-12 pelajar tidak kira usia dalam satu dorm akan menyebabkan golongan senior menyuruh junior mengemas katil mereka. Kalau tak dengar kata, dipukul!
2.Kena basuh baju senior
Setelah dibuli untuk mengemas katil senior, selalunya akan disuruh untuk basuh baju mereka pula. Malah, ada kejadian di mana pelajar junior sengaja dilemaskan secara pura-pura dalam kolah air ketika membasuh pakaian. Pantang nampak pelajar junior ada waktu lengang, mereka akan suruh cuci baju kotor yang dah bertimbun-timbun.
3.Kena menyanyi
Disuruh menyanyi di khalayak ramai iaitu dalam kalangan pelajar senior lain mungkin menjadi kewajiban bagi pelajar baharu. Dikatakan kalau mahu menjadi ‘golongan sama darjat’ dengan pelajar senior, mereka kena menyanyi sebagai tanda hormat. Sedangkan itu semua hanyalah tipu daya semata-mata untuk memalukan pelajar baharu.
4.Sorok barang dan lain-lain
Ini juga merupakan tindakan buli yang popular dalam kalangan pelajar. Menyorok, membakar dan merosakkan barang penting pelajar junior mesti akan dibuat oleh pelajar yang nakal. Ada juga yang jenis memutarbelitkan situasi dengan mengatakan barang si pelaku yang hilang kerena perbuatan pelajar teraniaya. Cikgu, jangan mudah percaya tanpa siasatan ya!
5.Siapkan kerja sekolah
Biasalah, kalau sudah dinamakan sebagai pelajar nakal dan kaki buli, sudah pastinya mereka susah nak siapkan kerja sekolah sendiri. Oleh itu, yang menjadi mangsa adalah pelajar naif dan baharu, terpaksa menyiapkan kerja sekolah pelajar senior. Malah, pelajar sama aras pun boleh melakukan hal ini kepada rakan sekelas.
6.Kena kurung dan kunci dalam toilet
Ini adalah perbuatan yang kejam dan seram bagi pelajar sekolah asrama. Dikurung atau dikunci dalam bilik air ketika mandi adalah perbuatan yang tidak berhati perut dan boleh menyebabkan trauma, tambah pula kalau ketika waktu malam. Malah, ada kes di mana pakaian yang dibawa ke tandas pun sudah dibawa lari dan mereka tiada seurat benang yang tinggal dalam keadaan sejuk.

*Oleh itu, perlakuan membuli yang dikatakan ‘tradisi’ budak sekolah asrama ini perlu dihentikan. Memang ada yang mengatakan perlakuan ini boleh menguatkan minda dan semangat mangsa ketika kecil namun semua kisah buli tidak berakhir dengan pengajaran. Malah, ada yang boleh meragut nyawa insan yang tidak bersalah..
Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’
Sumber: MOE
