Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Kuih Puteri Ayu Tradisional, Terlajak Lembut & Pasti Gebu!

RESEPI PUTERI AYU

Kuih tradisional pastinya menjadi kegemaran ramai terutama orang tua-tua kerana tidak terlalu berlebihan seperti makanan viral sekarang. Selain itu, ia sudah tentunya lebih mudah dibuat seperti perkongsian resepi puteri ayu di bawah ini.

Sekiranya anda penggemar kuih puteri ayu dan ingin membuat sendiri di rumah, boleh ikut resepi dikongsikan oleh penulis. Pasti menjadi!

Baca juga: Resepi Kek Pisang Coklat Sukatan Cawan, Moist Macam Mak-Mak Buat!

RESEPI PUTERI AYU TERLAJAK LEMBUT & GEBU, CUBALAH

RESEPI PUTERI AYU

Bahan-bahan:

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 kotak santan
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1 sudu besar ovelette
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

Bahan-bahan topping kuih:

  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan tepung jagung

*Satukan semua bahan di atas.

Cara-cara penyediaan:

1. Di dalam bekas, satukan telur, gula dan ovalette. Putar sehingga gebu dan berwarna putih.

2. Kemudian, masukkan 1 kotak santan, air pandan original dan sedikit pewarna hijau. Putar lagi sehingga sebati semuanya.

3. Setelah itu, masukkan tepung dan baking powder. Putar lagi sehingga sebati.

4. Seterusnya, sapukan sedikit minyak pada acuan agar tidak melekat.

5. Letakkan sedikit bahan topping yang telah disatukan ke dalam acuan dan tuangkan adunan tadi.

6. Kukus sehingga kembang sekitar 15-20 minit. Keluarkan kuih puteri ayu daripada adunan untuk disejukkan.

Sedia untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang sambil menikmati teh o panas. Sedap!

Selamat mencuba resepi puteru ayu ini. Mudah kan?

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Masak Asam Paling Sedap, Nasi Sepinggan Pasti Tak Cukup!

Sumber: Facebook Resepi Mudah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×