Euforia Bola 2026
Famili

Dr Imelda Balchin ‘Bidas’ Doktor Jual Produk Kesihatan Di Media Sosial, Dianggap Salah Etika

PRODUK KESIHATAN

Seperti mana kita tahu banyak produk kesihatan ada dijual di luar dengan pelbagai fungsi. Hal ini mendapat perhatian Profesor Dr. Imelda Balchin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila terdapat doktor turut menjual produk kesihatan di media sosial.

Menurut Dr. Imelda Balchin, tindakan doktor menjual produk kesihatan di media sosial itu telah melanggar etika perubatan dan menyalahgunakan gelaran doktor.

Baca juga: Jangkitan Kuman Paru-Paru & Boleh Bawa Maut Jika Terdedah Najis Burung Merpati

PRODUK KESIHATAN TIDAK SESUAI DIJUAL OLEH DOKTOR

PRODUK KESIHATAN

Jelasnya, beliau juga boleh menjual produk kesihatan untuk kaum wanita dan pasti ramai pembeli namun tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam ‘dunia’ doktor.

“Saya tak buat kerja macam itu kerana itu adalah kesalahan etika. Kalau seorang pakar, doktor dan profesor jual produk, pasti masyarakat akan mudah percaya dan berebut untuk membelinya” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau ingin meluah rasa berterima kasih kepada semua doktor di luar sana yang menggalas tanggungjawab dengan betul kerana tidak melakukan kerja sedemikian.

Dr Imelda turut memberitahu bahawa tindakan menjual produk kesihatan menggunakan nama ‘doktor’ boleh merosakkan nama negara dan etika yang ditetapkan perlu diikut.

“Tugas doktor adalah memberi perkhidmatan kesihatan. Ini bermakna doktor perlu berjumpa dengan pesakit di klinik atau hospital. Dengar apa masalah pesakit, buat pemeriksaan dan ujian untuk mengesahkan masalah pesakit. 

“Bukan semua orang perlukan ubat. Ada orang dia hanya perlu ubah gaya hidup, makan makanan sihat, melakukan pembedahan dan lain-lain,” katanya.

Menjual produk kesihatan di media sosial dan mengatakan produk tersebut memberi manfaat buat semua orang adalah satu tindakan yang salah dalam etika perubatan.

Jadi, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan sebarang produk kesihatan yang dijual di luar walaupun daripada doktor.

Pastikan anda mendapatkan nasihat dan rawatan doktor di klinik atau hospital terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk kesihatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: 5 Penyakit Jarang Jumpa Tapi Popular di Malaysia, Periksa Tanda Ini!

Sumber: TikTok Dr Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×