Masalah tidur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan hari berikutnya badan menjadi lesu dan kurang bertenaga. Antara masalah tidur yang sering dihadapi adalah susah untuk melelapkan mata, badan berasa sakit, berdengkur yang boleh mengganggu dan sebagainya.
Melalui akaun X @cooltechtipz , telah dikongsikan beberapa cara untuk mengatasi 9 masalah tidur ini. Dengan melakukan perubahan kecil ini, pastinya dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lena selain tiada masalah sakit pada tubuh selepas terjaga.
Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!
MASALAH TIDUR
1. Susah untuk tidur
- Elakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur.
- Lakukan senaman pada waktu pagi atau petang.
- Jangan bermain telefon pintar sekurang-kurangnya satu jam sebelum masuk tidur.
2. Tidak boleh terus tidur
- Elakkan minum alkohol sebelum tidur kerana ia boleh mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan dalam tidur rapid eye-movement (REM) yang nyenyak.
- Pastikan juga suhu bilik berada di antara 68°F dan 71°F.
3. Bangun lambat
- Cuba untuk bangun tidur sekitar waktu yang sama pada setiap hari, termasuk hujung minggu, agar tubuh badan anda terbiasa dengannya.
4. Berdengkur
- Cuba tidur mengiring atau sandarkan kepala anda beberapa inci.
- Boleh juga bersihkan sinus anda dengan garam sebelum tidur.
- Elakkan minum alkohol.
5. Refluks asid
- Dapatkan nasihat doktor bertauliah tentang pengambilan ubat berkaitan.
- Cuba tidur mengiring di sebelah kiri dengan bantal ditinggikan sedikit.

Gambar: X – @cooltechtipz
Baca juga: Kalau Teringin Nak Zuriat Ikut Jantina Pilihan, Ini Teknik ‘Mengejutkan’ Kena Buat
Baca juga: Faraj Isteri Bengkak Selepas Bersama Cik Abang, Ketahui Punca & Cara Atasinya!
6. Kaki kejang
Anda boleh cuba mengurut bahagian yang kejang, sapukan haba pada otot dan lakukan regangan untuk melegakan kesakitan.
7. Sakit leher
- Gantikan bantal lama dengan bantal baru sekurang-kurangnya setiap 2 tahun.
- Berdasarkan kajian, ramai orang mencadangkan bantal jenis lateks adalah yang paling selesa.
8. Sakit bahu
- Jangan tidur mengiring di sebelah sisi sahaja kerana boleh menyebabkan sakit bahu berlaku di satu bahagian.
- Tidur mengiring dengan kedua-kedua belah sisi.
- Memeluk bantal juga boleh membantu.
9. Sakit belakang
- Letakkan bantal di bawah peha jika tidur meniarap atau di bawah kaki jika tidur menelentang.
Baca juga: Bahaya Kecubung! Remaja Keracunan Lepas Tindakan Berani Makan Bijinya
Sumber: X – @cooltechtipz
FT Image: lookstudio / unsplash

