Euforia Bola 2026
Hebahan

Jom Menyumbang Melalui SOLS Foundation Untuk Biayai Pendidikan, Makanan & Bina Rumah Mereka Yang Memerlukan!

Tanpa kita sedari, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan dan memerlukan sokongan untuk mengubah nasib mereka

SOLS Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan B40 melalui pelbagai program pendidikan dan akses tenaga. Misi SOLS Foundation ialah untuk membantu komuniti B40 meneruskan kehidupan sekaligus keluar daripada belenggu kemiskinan.

SOLS Foundation telah menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka seperti Meta, Google for Education Partner, IBM, UOB Bank dan banyak lagi. SOLS Foundation adalah antara yayasan yang telus dan dipercayai orang ramai di Malaysia.

Mahu komuniti B40 beralih menjadi kelas pertengahan (M40)!

Matlamat utama SOLS Foundation ialah membantu golongan B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan memberi bantuan pendidikan secara percuma.

Antara program yang dijalankan adalah kursus bahasa dan pendidikan dalam talian, latihan kemahiran TVET, bimbingan pembangunan peribadi serta sokongan pekerjaan dan keusahawanan.

Hal ini termasuk menyediakan kursus bahasa dan pendidikan dalam talian, latihan kemahiran, pembangunan peribadi, serta pekerjaan dan sokongan keusahawanan.

Program pendidikan kemahiran percuma kepada yang layak.

Kalau anda nak tahu, SOLS Foundation menyediakan program berorientasikan TVET agar golongan belia dilengkapkan dengan kemahiran yang diingini oleh para majikan.

Kandungan program pembangunan untuk B40 direka dan disusun secara strategik agar matlamat organisasi untuk membantu para pelajar beralih kepada kelas pertengahan (B40) tercapai.

SOLS Foundation percaya bahawa program ini mampu membuat transformasi pendidikan dan kerjaya yang positif dalam kehidupan para pelajar.

Jom bantu sediakan makanan & penginapan di Akademi Solar.

Selain menyediakan pendidikan percuma, SOLS Foundation turut menjalankan Akademi Solar dimana pelajar akan menjalani latihan 1 tahun untuk bekerja di industri solar.

Pelajar Akademi Solar turut dibekalkan dengan makanan, tempat penginapan dan peralatan secara percuma sepanjang pengajian.

Bantuan kewangan yang anda salurkan amat bermakna untuk membolehkan para pelajar mengambil makanan berkhasiat dan mendapat tempat tinggal yang selamat.

Sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai pendidikan berkualiti bagi membantu komuniti B40 sekaligus memperkasakan individu untuk membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan.

Oleh itu, bantulah SOLS Foundation untuk merealisasikan visi ini sebagai satu realiti.

Bantu bina semula rumah Lisa!

Bagi yang tidak mengenali Lisa, gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Kampung Selwej, Pos Kemar, Gerik, Perak ini merupakan graduan Akademi Solar. Dia sedang giat berkhidmat di sebuah pusat komuniti di Kuala Betis, Gua Musang Kelantan sebagai sukarelawan. Lisa fokus untuk memupuk golongan belia menyedari kepentingan pendidikan bagi masa depan yang cerah.

Kini, Lisa memerlukan bantuan untuk membina semula rumahnya yang telah dimusnahkan oleh sekumpulan gajah liar.

Elaun bulanan Lisa sebanyak RM500 serta pendapat ibu dan ibu saudaranya sebagai penoreh getah hanya mencukupi untuk menanggung perbelanjaan harian sekeluarga.

Justeru itu, dengan rendah hati, Lisa meminta bantuan anda semua untuk membina semula rumahnya supaya keluarganya ada tempat berteduh yang selamat dan selesa.

Salurkan bantuan kewangan sekarang di https://donate.sols247.org/!

Sumbangan anda ialah tanda sokongan kepada SOLS Foundation untuk mengubah nasib mereka yang kurang berkemampuan.

Resit pengecualian cukai akan diberikan bagi sumbangan melebihi RM50.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×