Euforia Bola 2026
Percutian

Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!

bercuti di Pulau Pangkor

Tidak dinafikan, Pulau Pangkor merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Bukan sekadar halwa telinga rakyat Malaysia sahaja, bahkan, lokasi ini menjadi buah mulut hingga ke pengetahuan pelancong asing. Maka disebabkan itu, tips bercuti di Pulau Pangkor ini pastinya dapat membantu anda yang berhasrat untuk datang ke sana nanti.

Kalau dah tahu info ini, ia sudah menjadi mudah untuk anda datang tiap-tiap tahun. Berikut merupakan 5 tips berguna bercuti di Pulau Pangkor seperti dikongsikan Eyyna Yusof di bawah. Jom baca!

Baca juga: Seronok Borong Ole-Ole Di Jepun, Kena Tahu Ini Senarai Snek Tak Halal Di Sana!

BERCUTI DI PULAU PANGKOR

bercuti di Pulau Pangkor

Gambar: Eyyna Yusof

5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor! 

1. Cara pergi ke Pulau Pangkor

Terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor.

Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini.

Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru dibina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.

Harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.

2. Pilih tarikh yang sesuai

Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini.

Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum. Nak diskaun hotel, book dekat sini.

3. Bawa kenderaan sendiri

Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu:

  • Bot Kargo Ah Seng
  • Bot Kargo Hua Wei 
  • Bot Kargo Jeti Marina

Baca juga: Cara Jimat Pergi KLIA2 Tak Sampai RM10 Pun & Tak Perlu Keluar Duit Untuk E-Hailing!

Baca juga: Tak Perlu Susah Tunggu Promosi, Ini Cara Beli Tiket ‘Flight’ Yang Murah!

4. Tempat menarik di Pangkor

bercuti di Pulau Pangkor

Gambar: Eyyna Yusof

Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah:

  • Kota Belanda
  • Pulau Sembilan
  • Batu Bersurat
  • Tortoise Hill
  • Galeri Panorama Pangkor
  • Pantai Teluk Nipah
  • Pekan Pangkor
  • Teluk Ketapang
  • Masjid Seribu Selawat
  • Masjid Seribu Doa

5. Senaraikan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor

Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya:

  • Ronda-ronda sekitar pekan Pangkor
  • Lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik
  • Lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering
  • Lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor
  • Naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau

Aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula:

  • Boleh berjalan di persisiran pantai
  • Bina unggun api sambil berBBQ
  • Nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor

Baca juga: 6 Tips Tahan Berak Bila Jalan Jauh, ‘Confirm’ Tak Tercirit Dalam Kereta!

Sumber: Eyyna Yusof

FT Image: Eyyna Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×