Rambut gugur merupakan masalah normal yang terjadi akibat beberapa faktor. Antara faktornya adalah ibu mengalami keguguran rambut selepas proses melahirkan anak kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan. Namun, janganlah risau kerana masalah rambut gugur juga boleh dirawat dengan beberapa tip dari pakar dan petua seperti di bawah ini.
Baca juga: Mulut Busuk Makan Petai, Ada Cara 1 Minit Hilangkan & Nafas Kembali Normal!
MASALAH RAMBUT GUGUR

Gambar: Najwa Abdulrahman
Menerusi perkongsian Najwa Abdulrahman, petua menyelesaikan masalah rambut ini sangat mudah dan berkesan padanya. Mungkin, pembaca juga boleh mencubanya!
Hanya ambil bunga cengkih berapa biji masukkan dalam syampu dan selamat guna. Najwa dah kali kedua guna petua ini, memang puas hati. Alhamdulillah.
Bunga cengkih banyak kegunaan lain diguna untuk masak. Salah satu Najwa guna untuk hilang masalah yang dah lama alami iaitu:
- Kelumumur
- Rambut berminyak
- Rambut gugur
Mana-mana syampu pun boleh tapi Najwa beli untuk bayi sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit. Sebenarnya petua ini untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi.
Najwa tak ada gatal-gatal, lagi-lagi masa pakai tudung dalam cuaca panas macam sekarang ini. Rambut kering tak ada berminyak rasa kembang fresh gitu. Alhamdulillah, rambut tak gugur berkilo.
P/s: *Najwa ambil petua ini dari orang Arab, bagitahu siap-siap nanti ada orang bising pula hehehe.
Baca juga: Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!
Baca juga: Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!
TIP ELAK RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN DARI PAKAR
Sementara itu, Pakar dermatologi, Dr. Hafsah Sazali berkongsikan, terdapat beberapa tip boleh diamalkan oleh kaum wanita yang baru melahirkan anak bagi mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan.
- Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi ‘berat’ nampak lebih nipis.
- Bagi yang memiliki fine hair, terdapat perapi rambut yang sesuai selain syampu yang memberi volume bagi membolehkan rambut kelihatan lebih tebal.
- Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan hair stylist anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.
- Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.
- Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya ia akan pulih seperti biasa dalam masa setahun.
Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.
Di dalam petikan laporan MStar itu, beliau turut memberitahu, keguguran rambut selepas bersalin adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan anak.
Baca juga: ‘Tips & Tricks’ 7 Posing Ambil Gambar, Agar Hasilnya Diri Nampak Kurus!
Sumber: Najwa Abdulrahman / MStar
FT Image: Najwa Abdulrahman / parentingexpert
