Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Ada Bintik Hitam Dekat Daun, Itu Tanda Tanaman Anda Kena Penyakit. Jaga-Jaga!

PENYAKIT TANAMAN

Serangga dan penyakit tanaman sudah tentunya ‘mimpi ngeri’ setiap petani kerana ia boleh membuatkan tumbuhan mati dan tidak segar.

Sekiranya anda mendapati beberapa tanda seperti dikongsikan di bawah, ia berkemungkinan merupakan penyakit tanaman. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Cara Tanam Anggur Dari Biji, Paling Mudah Tapi Hasilnya Tak Sangka!

PENYAKIT TANAMAN YANG SELALU BERLAKU, JANGAN ABAIKAN

PENYAKIT TANAMAN

1. Pokok layu fusarium

Penyakit tanaman sering berlaku yang pertama adalah layu fusarium atau dikenali sebagai layu batang, reput batang dan layu bakteria.

Penyakit layu fisarium ini sering berlaku sekiranya anda menanam pokok pisang. Kulat fusarium oxysporum akan masuk melalui akar.

Seterusnya ia akan merebak ke dalam batang dan daun di mana spora oxysporum ini akan menyekat aliran air dan nutrien. Penyakit layu fusarium akan menyebabkan tumbuhan mudah terbantut dan layu. Bukan itu sahaja, akar tumbuhan mula menjadi busuk dan kadang-kadang bertukar menjadi warna hitam.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu mengelakkan menanam di tempat yang sama selama beberapa tahun kerana ia mudah merebak.

2. Virus mozek

Penyakit tanaman seterusnya yang biasa terjadi adalah virus mozek. Antara virus mozek selalu menyerang tanaman adalah jenis Chilli Veinal Mottle Virus (CVMV), Cucumber Mosaic Virus (CMV), Tomato Spotted Wilt Virus (TSWV) dan Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV).

Virus ini boleh merebak disebabkan oleh faktor biji benih dan serangga perosak seperti kutu daun/aphid, lalat putih, kutu thrips, hama dan ulat ratus.

Penyakit tanaman virus mozek ini boleh merebak melalui gunting kerana anda menggunakan di pokok yang sudah dijangkiti virus. Sekiranya menggunakan gunting tersebut di pokok sihat, virus tersebut boleh melekat dan menyebabkan tangkai pokok luka.

3. Penyakit tanaman: bintik hitam

Sekiranya anda mendapati tanaman di rumah ada bintik hitam atau blackspot itu merupakan salah satu tanda pokok sudah mula rosak.

Penyakit ini biasanya bermula pada bahagian atas permukaan daun dan lama kelamaan akan menyebabkan seluruh daun bertukar warna.

Bintik hitam ini kadang-kadang terjadi juga pada ranting pokok di mana ia akan bertukar warna ungu dan kemudian menjadi coklat atau hitam.

Punca bintik hitam berlaku adalah kerana keadaan yang terlampau lembap dalam jangka masa yang lama. Sekiranya anda tidak tahu, blackspot boleh berlaku dalam masa hanya 7 jam sahaja.

Jadi, untuk mengelakkan penyakit ini berlaku, tumbuhan harus mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Kemudian, elakkan menuang air terus ke atas daun.

4. Penyakit hawar lembut (velvet blight)

Kulat membiak diatas permukaan dahan, batang dan buah seakan lapisan tebal yang pada mulanya berwarna putih kelabu kemudian bertukar menjadi ungu. Daun dan dahan yang dijangkiti menjadi layu dan akhirnya mati.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu pangkas dan bakar bahagian yang dijangkiti. Bagi jangkitan yang telah merebak, sembur dengan 0.1% Pipertox (Copper Oxychloride).

5. Kulapak downy

Tanda pokok anda mengalami kulapak downy adalah tompok dan bentuk tidak sekata berwarna kuning. Bintik bersegi berwarna kuning ini berlaku pada permukaan daun.

Jadi, sekiranya terdapat tanda di atas pada tanaman anda, itu tandanya ia mengalami penyakit.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tukang Kebun Kongsi ‘Rahsia’ Guna Soda Penaik Untuk Tanaman, Serangga Pun Lari!

Sumber: Pop Mama & Jabatan Pertanian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×