Wanita di luar sana pasti tertanya-tanya apa tanda lelaki pernah bersetubuh. Hal ini sudah tentunya merisaukan kerana zaman serba moden ini pelbagai perkara boleh berlaku.
Bagi mengelakkan anda kecewa atau ditipu oleh mereka, ketahui beberapa tanda lelaki pernah bersetubuh seperti perkongsian di bawah ini.
Baca juga: Suami Suruh Besarkan Payudara Sebab Leper? Tapi Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?
TANDA LELAKI PERNAH BERSETUBUH, PEREMPUAN KENA AMBIL TAHU

1. Perubahan tingkah laku
Tanda lelaki pernah bersetubuh adalah perubahan tingkah laku di mana dia akan sedikit malu apabila bertemu perempuan cantik.
Si lelaki juga akan menjadi pendiam sekiranya berada di hadapan wanita cantik kerana malu. Perangai dirinya sudah tidak sama seperti sebelum ini yang merupakan seorang peramah dan tidak malu untuk bercakap.
Perubahan seperti ini perlu diambil kira dan ia berkemungkinan disebabkan oleh pernah bersetubuh. Jadi, kaum wanita di luar sana berhati-hati ya.
2. Masalah kesihatan pada kemaluan
Tanda lelaki pernah bersetubuh selanjutnyada adalah mempunyai masalah kesihatan pada bahagian kemaluan. Sebarang jangkitan yang berlaku merupakan isyarat jelas bahawa dia pernah melakukan hubungan seksual.
Kebiasaanya, seseorang yang mengalami masalah kesihatan pada alat sulit adalah disebabkan aktiviti seksual. Walau bagaimanapun, masih ada juga lelaki dijangkiti virus meskipun tidak melakukan hubungan seksual bersama orang lain.
3. Penampilan fizikal berubah
Berlaku perubahan pada penampilan fizikal juga merupakan tanda lelaki pernah bersetubuh. Kadang-kadang, lelaki yang telah melakukan hubungan seksual mempunyai sifat lebih matang.
4. Yakin sembang tentang seksual
Jika seseorang lelaki itu lebih yakin sembang tentang hubungan seksual itu berkemungkinan merupakan tanda dia pernah melalukan hubungan seksual.
Lelaki yang berpengatahuan tentang seksual, kaedah kontraseptif, atau amalan-amalan intim menunjukkan bahawa dia pernah terlibat melakukan perkara-perkara tersebut.
5. Memahami posisi seks
Tanda lelaki pernah bersetubuh yang terakhir adalah dia mengatahui segala gerakan atau posisi ketika melakukan hubungan seksual. Hal ini kerana dia pernah melaluinya sendiri.
Walaupun di media sosial ada informasi mengenai posisi seks, namun berbeza dengan ‘pengetahuan’ seseorang yang pernah melakukannya.
Perlu diingatkan ini hanya tanda sahaja. Kebenarannya hanya diketahui oleh si lelaki sendiri. Jadi, wanita di luar sana perlu lebih berhati-hati.
Diharapkan tanda yang dikongsikan di atas dapat memberi manfaat buat anda.
Baca juga: WOW! Ada 3 Jenis Kondom Isteri Paling Suka, Suami Kenalah Lebih Peka Bab Ini…
Sumber: Wanita Moden & Halodoc
