Biarpun sedap dimakan mentah, namun satu kekurangan yang ada pada petai ini ialah boleh membuatkan mulut berbau busuk setelah menikmatinya. Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara hilangkan bau petai dalam masa seminit sahaja!
Dan bagusnya trik ini bukan sahaja berkesan untuk nafas yang berbau, malah tandas yang berbau petai pun boleh digunakan. Jom ikuti perkongsian cara hilangkan bau petai oleh Bee Keng di bawah.
mulut berbau, cara hilangkan mulut berbau, cara hilangkan bau petai, bau mulut busuk, mulut bau busuk,
Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!
CARA HILANGKAN BAU PETAI

Gambar: Bee Keng
Ramai yang suka makan petai tetapi tak tahan dengan bau busuk mulut. Kadang-kadang berus gigi dua tiga kali pun tak semestinya bau mulut akan hilang, sememangnya bau mulut sangat memalukan.
Saya nak kongsikan cara kita hilangkan bau mulut secepat seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa kita masih kecil lagi.
Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!
Ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut selepas makan petai. Tak kira lah petai mentah ke, petai jeruk ke, petai goreng sambal ke, semuanya sangat berkesan dengan cara paling senang dan cepat ini.
Kalau tak percaya anda cuba tengok, memang hilang dalam masa seminit sahaja! Semasa saya baru kahwin, saya ajar suami saya dia tak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap AJAIB betul!
Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!
Cara menghilangkan mulut berbau petai dalam seminit

Gambar: mdjaff
Cara segera:
- Potong sepotong terung mentah sebesar 1cm atau 2cm.
- Kunyah selama seminit.
- Selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengadungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut).
Saya biasanya telan hehehe sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tak memudaratkan pun.
Baca juga: Bukan Pemerah Kuku Je, Ini Khasiat Daun Inai Ramai Tak Tahu Boleh Rawat Penyakit Rupanya!
Anda yang suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus. Berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikunyah sebagai penghilang bau. Dikunyah seperti makan “chewing gum” sekurang-kurangnya wajib seminit lah.
Orang cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.
Baca juga: Toner Timun Rawat Muka Breakout, Lepas Spray Kulit Makin Bersih & Bebas Jerawat!
Tips tandas hilang bau busuk petai
Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai:
- Ambil sebiji terung yang dimakan ulat atau yang dah tak mahu dah.
- Mahu potong tak potong pun tak apa atau kulit terung pun boleh.
- Letakkan di atas lantai tandas.
Ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai.
Dengar macam tak boleh percayakan? Tapi kesannya sangat AJAIB! Belum cuba belum tahu. Anda cuba tengok dan kongsikan pengalaman, selamat mencuba!
Baca juga: Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!
Sumber: Bee Keng
FT Image: canalvistafamilydental / tanamanmart
