Sebagai orang Islam, sebelum melakukan sesuatu perkara pastinya akan dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT. Perkara ini termasuklah doa amalan harian yang dibaca semasa menuju ke sesuatu tempat dengan menaiki kenderaan agar beroleh berkat.
Baik sebelum, semasa mahupun selepas menaiki kenderaan, pastinya ada doa dan zikir yang boleh diamalkan agar kita sentiasa dilindungi oleh-Nya. Berikut merupakan doa amalan harian semasa dalam kenderaan dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff untuk manfaat semua.
Baca juga: Hidup Rasa Gelisah & Kerap Rasa Risau, Buatlah Solat Tahajud Banyak Kebaikannya
DOA AMALAN HARIAN SEMASA DALAM KENDERAAN

Gambar: Aminah Mat Yusoff
AMALAN SEMASA DALAM KENDERAAN
Terkesan dengan berita kemalangan sahabat guru dari SK Jeram yang meragut 4 nyawa hari ini (sewaktu hantaran ini ditulis oleh Aminah Mat Yusoff). Tiada siapa yang dapat mengagak ke mana Allah akan bawa kita.
1. Bacaan zikir setelah tiba tempat yang dituju
Oleh kerana itu, setiap kali sampai ke tempat yang kita tuju, sambut dengan lafaz:
- “Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.”
- “Yaa Salaam..Ya Salaam..Ya Salaam.”
Tanda syukur kita pada Allah.
2. Baca Surah al-Zukhruf
Setiap kali kita menaiki kenderaan jangan tinggalkan surah al-Zukhruf ayat 13-14.
Tambah lagi, dengan “Bismillahi tawakkal tu ‘alallaah..laa hawla walaa quwwata illaa billaah.”
Baca juga: Nak Nikah Dalam Masjid TAPI Tengah Haid, Ini Hukumnya Pengantin Perempuan Kena TAHU!
3. Jangan tinggalkan sedekah
Sedekah yang paling mudah ialah bacakan al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal.

Gambar: Aminah Matt Yusof
4. Sambung dengan bacaan Salawat
Mengikut jumlah yang kita mahu. Bacaan Salawat adalah ‘energy booster’ untuk kita.
Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!
5. Amalan pemanduan di waktu pagi
Jika kita memandu waktu pagi, alunkan bacaan al-Ma’thurat lebih kurang 15 hingga 20 minit sahaja. Orang yang selalu amalkan sahaja akan dapat rasai kebaikan ma’thurat.
Himpunan ayat al-Quran serta doa yang baik dalam ma’thurat memberi rasa tenang saat pemanduan.
6. Amalan jika melalui kesukaran ketika memandu
Setiap kali melalui kesukaran ketika memandu, bacakan:
- “Salaamun qaulam mir rabbir rahiim.”
Ayat 58 surah Yasin dan ulang sehingga keadaan reda.
Moga Allah jadikan kenderaan yang kita naik beroleh berkat. Jumlah putaran tayar itu dikira sebagai pahala. Membawa kita ke tempat baik-baik. Selamat dari perkara yang kita takut.
Baca juga: Elak Kena Sihir Masa Makan Di Luar, Amalkan Baca Doa Ini
Sumber: Aminah Mat Yusoff
FT Image: JomAlQuran
