Cuba ambil masa sebentar untuk melihat di sekeliling anda. Pasti anda akan menyaksikan pelbagai tindak-tanduk manusia yang begitu sibuk melaksanakan kerja bagi menyara kehidupan mereka. Ada yang begitu tekun dan amanah dalam tanggungjawab yang diberikan, ada pula yang hanya sambil lewa asalkan kerjanya siap.
Bagi lelaki ini pula, pengenalan singkat bersama seorang tukang cuci yang bernama Phatta, di pejabatnya telah banyak memberikan kesedaran pada diri. Phatta merupakan seorang yang begitu amanah dalam menyelesaikan tugasnya sehingga menimbulkan perasaan malu pada lelaki itu.
DIA PERNAH GUNA BERUS GIGI HILANGKAN KESAN KOTOR PADA KARPET

Sebelum Phatta bertemu ajalnya, dia juga seorang pekerja yang sangat tekun. Dia tidak pernah mengeluh dan culas ketika bekerja dalam memenuhi syif kerjanya selama 12 jam itu.
Phatta. Orang Nepal. Cleaner di tempat kerja lama. Baru dua tahun kerja di Malaysia dah sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Sepanjang 8 tahun kerja, sudah ada bersilih ganti cleaner di awalnya. Rata-rata cleaners kurang komitmen kerja, lepas mengemas, lebih banyak duduk di pantry main telefon.
Tetapi apabila diganti dengan Phatta, dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa.
Seawal 8 pagi sudah mula mengemas pejabat lain. Kadang dia terpaksa tunggu lama depan pintu pejabat sebab lewat dibuka, dia menunggu lama depan pintu, tanpa sedikit pun dengar dia mengeluh.
Sejurus masuk ke pejabat kerjanya tangkas, tanpa henti. Pernah pulang lewat selepas maghrib, nampak dia sedang bersihkan kawasan parking, menghabiskan syif 8 pagi – 8 malam.
SAYA RASA MALU SETIAP KALI LIHAT DIA BEKERJA

Gambar hiasan: Wirestock – Freepik.com
Yang paling membekas dalam memori ialah pernah lihat dia guna berus gigi untuk hilangkan kesan kotor degil di karpet pejabat, lap bahagian belakang langsir. Vakum surau dan lap bawah meja!
Seakan semua tempat di pejabat, telah ada cap jari Phatta.
Saya rasa malu setiap kali lihat Phatta bekerja, rasa seolah dia kerja lebih kuat, lebih banyak. Saya selalu ambil peluang berbual dengan Phatta di pantry, nak kenal beliau lebih lanjut.
Selepas setahun tinggalkan pejabat. Sedikit terputus hubungan. Saya pernah banyak kali ajak beliau makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak, bawa bekal masak dari rumah katanya. Hari terakhir di pejabat saya kata nanti kita perlu keluar makan sama ya.
BERITA DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PHATTA TELAH MENINGGAL DUNIA…
Hari ini dapat mesej (yang dipanjangkan kepada saya oleh sahabat di pejabat lama), sangat mengejutkan dan menyedihkan.
“???? ???, ?? ??? ??? ????, ?????? – ??? ?????? ???????, ???? ??? ??????? ???? ????. ?? ??? ??????? ?? ??? ?????? ?? ??????? ??? ??? ???????????? ?? ????. ?????????????, ????????? ??? ????????? ????????, ?? ??????? ?????????? ??? ???? ???? ???? ?? ??? ?????????. ?????, ? ??? ???? ???????? ?? ??? ???????? ???? ?? ?????? ???? ??????? ???? ???????. ??? ??? ???? ?? ??????? ??????? ???? ??? ?????.”
Hantaran mesej dukacita itu menjelaskan, bahawa Phatta telah jatuh sakit pada awal minggu itu. Dia telah dibawa ke klinik pada hari Selasa dan sambung rehat di rumahnya.
Malangnya, semalam keadaannya menjadi bertambah teruk di mana, dia jadi kejang sebelum jatuh koma pada tengah hari itu. Kemudian, dia telah dimaklumkan oleh orang atasannya yang Phatta telah meninggal dunia pada petang itu.
Phatta bukanlah Muslim, tetapi berkenalan dengannya mengajar diri saya tentang maksud amanah dalam kerjaya.
Credit gambar & penulisan: Ezry Fahmi
Semoga kisah yang penuh tauladan ini dapat memberikan kesedaran pada diri para pembaca mengenai amanah-amanah yang diberikan. Lakukan tugas anda sebaik mungkin kerana tanggungjawab itu berat dan tidak boleh diambil ringan.
Sumber: Facebook Orang Wangsa Maju
