Euforia Bola 2026
Didik

Bukan Lagi SM Teknik, 9 Sekolah Ini Kini Rasmi Berstatus Sekolah Berasrama Penuh Teknikal

sm teknik

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan semua sembilan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara dijenamakan semula sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T). Ekoran itu, berita berkenaan SM Teknik yang berubah jadi SBP Teknikal kini menjadi perhatian ramai.

Baca juga: ‘No Cable!’ – Ramai Tag Dr Asyraf Wajdi Tonton ‘Teach You A Lesson’, Rupanya Cara MRSM Tangani Buli Memang Sama

SEMUA 9 SM TEKNIK DIJENAMA SEMULA SEBAGAI SBP TEKNIKAL

sm teknik

Gambar NSTP: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memaklumkan kesemua sekolah terbabit kini diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), KPM.

Menurut beliau, langkah tersebut bukan sekadar pertukaran nama atau transformasi pentadbiran semata-mata, tetapi satu strategi besar untuk memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional negara.

Kenapa SM Teknik dijadikan SBP Teknikal?

Menurut Fadhlina, langkah ini bertujuan meningkatkan standard pendidikan teknikal agar setaraf dengan sekolah berasrama penuh (SBP) sedia ada di Malaysia.

Menerusi penstrukturan baharu ini, Sekolah Berasrama Penuh Teknikal akan memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usaha itu juga dijangka membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir serta profesional selaras dengan keperluan masa depan negara dan agenda TVET Malaysia.

Baca juga: Jangan Tunggu Tahun 6! Dr Sheikh Dedah ‘Roadmap’ Ke MRSM & SBP, Kena Siapkan Anak Dari Tahun 4

sm teknik

Gambar hiasan: Portal SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.

SENARAI 9 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK YANG KINI JADI SBP TEKNIKAL

Berikut merupakan senarai SM Teknik Malaysia yang kini rasmi dijenamakan semula:

  1. SMT Alor Setar, Kedah
  2. SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
  3. SMT Cheras, Kuala Lumpur
  4. SMT Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan
  5. SMT Bukit Piatu, Melaka
  6. SMT Kuala Terengganu, Terengganu
  7. SMT Kuantan, Pahang
  8. SMT Johor Bahru, Johor
  9. SMT Sejingkat, Sarawak

Apa maksud perubahan ini kepada pelajar?

Secara ringkas, penjenamaan kepada SBP Teknikal Malaysia dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pelajar yang berminat dalam laluan teknikal dan vokasional.

Selain peluang pembelajaran lebih tersusun, ia juga dijangka mengangkat imej sekolah teknik ke tahap lebih tinggi serta membuka lebih banyak ruang kepada pelajar yang mahu membina kerjaya dalam bidang teknikal, kejuruteraan dan teknologi pada masa depan.

Baca juga: Dari Cikgu Biasa Jadi ‘Influencer’ Pendidikan, Ini 7 Guru Pempengaruh Malaysia Paling Ramai Pelajar Minat!

Sumber: Berita Harian

FT Imaege: Portal SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×