Euforia Bola 2026
Didik

Tak Besar Macam Harimau, Tapi 9 Binatang Kecil Ini Lebih Menggerunkan & Paling Berbisa Di Dunia!

haiwan berbisa

Apabila kita membayangkan haiwan berbahaya, mungkin yang terlintas di fikiran adalah singa, buaya atau jerung. Namun, realitinya ada binatang berbisa yang jauh lebih menakutkan walaupun dalam saiz yang kecil!

Ibarat ‘kecil-kecil cili api’, berikut merupakan sembilan binatang kecil tetapi sangat berbisa yang pernah ditemui di dunia.

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Baka Anjing Yang HARAM Dibela Di Malaysia…Boleh Bertindak Terlebih Ganas!

9 BINATANG BERBISA DI DUNIA, SAIZ KECIL TAPI SANGAT MENGGERUNKAN!

1. Ikan Batu (Stonefish)

binatang berbisa

Foto: freepik

Ikan kecil yang hidup di dasar laut ini terkenal sebagai ikan paling berbisa di dunia. Duri pada badannya boleh menyuntik racun yang menyebabkan kesakitan teramat, kegagalan organ, bahkan boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

2. Sotong Cincin Biru (Blue-Ringed Octopus)

binatang berbisa

Foto: freepik

Walaupun hanya sebesar bola golf, sotong ini menyimpan racun neurotoksin yang mampu membunuh manusia dalam masa beberapa minit. Racunnya 1,000 kali lebih kuat daripada sianida, dan tiada penawar khusus hingga kini.

3. Lipan Gergasi (Giant Centipede)

Lipan ini boleh ditemui di kawasan tropika. Sengatannya bukan sahaja menyakitkan tetapi boleh menyebabkan demam, bengkak teruk dan dalam kes jarang, kematian terutama pada kanak-kanak atau individu yang alah.

4. Kalajengking Deathstalker

Foto: freepik

Antara kalajengking paling berbahaya di dunia. Racunnya mampu mengganggu sistem saraf manusia, menyebabkan sawan, lumpuh, bahkan serangan jantung. Walaupun kecil, sengatannya cukup untuk meragut nyawa.

5. Katak Panah Beracun (Poison Dart Frog)

Spesies katak kecil dari Amerika Selatan ini terkenal dengan warna kulitnya yang terang. Seekor sahaja mampu menghasilkan racun cukup kuat untuk membunuh 10 orang manusia. Penduduk asli menggunakan racunnya untuk melapisi anak panah mereka ketika berburu.

6. Ubur-Ubur Kotak (Box Jellyfish)

Foto: freepik

Walaupun kelihatan lembut dan hampir lutsinar, tentakel ubur-ubur kotak menyimpan ribuan nematosista (sel penyengat) yang mampu menyebabkan kegagalan jantung dalam beberapa minit.

7. Kerang Geoduck & Kerang Berbisa (Cone Snail)

Foto: freepik

Cone snail mempunyai muncung runcing yang bertindak seperti harpoon kecil, menyuntik racun yang boleh melumpuhkan mangsa serta merta. Racunnya cukup kuat untuk membunuh manusia, dan tiada penawar rasmi.

8. Labah-Labah Beludru Hitam (Black Widow Spider)

Foto: freepik

Walaupun saiznya kecil, gigitan black widow mengandungi racun 15 kali lebih kuat daripada ular derik. Ia boleh menyebabkan sakit otot yang melampau, kesukaran bernafas, malah kematian jika tidak dirawat.

9. Semut Peluru (Bullet Ant)

Foto: freepik

Semut peluru mendapat namanya kerana sengatannya dikatakan seakan-akan sakit ditembak peluru. Bisa yang disuntik memberi rasa sakit berpanjangan selama 24 jam dan dianggap antara paling menyakitkan di dunia.

Ini bermakna saiz bukanlah penentu kekuatan. Sembilan binatang kecil ini membuktikan bahawa bahaya boleh datang dalam bentuk yang paling tidak disangka walaupun sebahagiannya kelihatan menarik atau comel. Hati-hati!

Baca juga: “Manis Agak Nazak..”- Kucing Dibelasah & Dicampak Ke Longkang, Wanita Dedah Jiran Dendam Tanpa Sebab!

Sumber: National Geographic, Australian Museum

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×