Di Nusantara, banyak barangan lama dipercayai menyimpan tenaga atau roh, sehingga menimbulkan kisah mistik yang diwarisi turun-temurun. Di mana, barang berpenunggu ini sering dikaitkan dengan aura misteri dan pengalaman ganjil yang sukar dijelaskan.
Dari manuskrip lama hingga cermin antik, setiap objek berpenunggu memiliki cerita tersendiri yang seringkali pemilik atau pengunjung merasakan kehadiran sesuatu yang aneh, bunyi pelik atau perubahan suhu secara tiba-tiba. Berikut adalah beberapa barangan berpenunggu yang terkenal di rantau ini:
BARANG BERPENUNGGU YANG DIKETAHUI ADA UNSUR MISTIK
1. Buku manuskrip
Buku manuskrip lama yang ditulis dengan tulisan kuno sering dikatakan mempunyai “roh” penulisnya.
Di beberapa perpustakaan tradisional Jawa dan Sumatera, pengunjung melaporkan terdengar bisikan atau merasa dingin yang tiba-tiba ketika membuka halaman tertentu.
2. Tengkorak
Tengkorak manusia atau haiwan, terutamanya yang dijadikan koleksi atau hiasan, sering dianggap berpenunggu.
Di beberapa muzium atau rumah lama, tengkorak ini dipercayai boleh mempengaruhi mimpi pemilik atau menimbulkan suara-suara aneh pada waktu malam.
3. Cermin antik
Cermin antik, terutama yang diwarisi turun-temurun, sering dikaitkan dengan gangguan mistik.
Cerita popular di Nusantara termasuk bayangan yang bergerak sendiri atau imej samar yang muncul walaupun tiada sesiapa di hadapannya.
4. Patung tradisional
Patung kayu atau batu seperti patung dewa atau roh leluhur, dipercayai berpenunggu kerana setiap patung dibuat melalui ritual tertentu.
Ada kes di mana patung ini bergerak sendiri atau membuat bunyi aneh pada waktu malam.
5. Keris
Keris merupakan simbol keberanian dan perlindungan, namun beberapa keris lama dikatakan berpenunggu.
Pemiliknya kerap merasai pergerakan halus atau bunyi bisikan apabila keris itu diletakkan di ruang rumah.
Baca juga: 7 Warna Cat Rumah Boleh Undang Aura Negatif, Baru Duduk Sekejap Dah Rasa Tak ‘Best’!

Gambar hiasan: ikaika
6. Lampu minyak
Lampu minyak tradisional, terutama yang diperoleh dari rumah-rumah lama dikatakan menyalakan dirinya sendiri atau memancarkan cahaya misteri tanpa sebab.
7. Jam dinding kuno
Jam dinding lama dengan mekanisme manual kadang-kadang bergerak sendiri atau berbunyi pada waktu yang pelik. Beberapa pemilik mengaitkannya dengan penghuni lama rumah tersebut.
8. Peti kayu lama
Peti yang digunakan untuk menyimpan harta pusaka, terutama yang berusia berpuluh tahun, sering dikaitkan dengan rasa berat atau sejuk ketika dibuka.
Pemilik terdahulu melaporkan bunyi ketukan dari dalam tanpa sebab.
9. Set piring hitam
Set piring hitam antik yang diwarisi turun-temurun dikatakan boleh menimbulkan bunyi sendiri atau berpindah tanpa disentuh. Di beberapa rumah lama di Jawa dan Sumatera, piring ini dipercayai menjadi medium roh atau penunggu rumah.
Baca juga: Ingatkan Bersih Cuci Senduk Kayu Guna Sabun, Rupanya Masih Kotor, Ini Cara Betul Untuk Basuh
Sumber: Forum Keadilan

