Euforia Bola 2026
Famili

77% Ibu Bapa Malaysia Setuju Sekatan Media Sosial Bawah 16 Tahun

Sekatan Media Sosial

Sebagai ibubapa tipulah kalau kita tak rasa bimbang dengan kemajuan yang ada. Bukan apa, kadang-kadang kita tak sempat pantau apa yang mereka buat apatah lagi ketika mereka online, skrol Tiktok, Instagram dan pelbagai platform sosial yang lain.

Maka, tak hairanlah kalau isu keselamatan siber dan kesihatan mental anak-anak diberi perhatian sewajarnya.

Baru-baru ini, ada satu tinjauan yang menunjukkan betapa seriusnya kebimbangan rakyat Malaysia terutama sekali ibubapa terhadap isu ini.

Malaysia sokong sekatan media sosial?

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh Varkey Foundation, 77% ibubapa Malaysia menyokong penuh sekatan penggunaan media sosial bagi remaja di bawah umur 16 tahun.

Angka ini meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara dengan tahap sokongan tertinggi di dunia, mengatasi Perancis dengan 74% sokongan, diikuti rapat oleh India dengan hasil undian 75%. Berbeza dengan Jepun dan Nigeria yang hanya mencatatkan jumlah undian sebanyak 38% dan 39%.

Lebih menarik lagi, apabila usaha ini turut disokong oleh golongan muda. Bayangkanlah sebanyak 62% pengundi berusia 9 hingga 18 tahun mengakui mereka setuju dengan sekatan tersebut.

Ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan purata global di mana hanya 37% anak muda luar negara yang setuju aktiviti media sosial mereka dihadkan.

*Disclaimer: Kajian dijalankan sekitar January hingga Februari 2026 melibatkan 18,000 responden yang terdiri daripada 6,002 dewasa (ibubapa), 6,011 golongan muda (kanak-kanak dan remaja), 3,000 warga emas (datuk dan nenek), 3,000 individu Generasi Z.

Kenapa mak ayah kita risau sangat?

Mungkin ada yang kata, “Alah, biarlah budak-budak nak bersosial.” Tapi bagi kebanyakan ibu bapa di Malaysia, pendedahan terlalu awal ni lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat. namun, masalah seperti:-

  • Isu Buli Siber: Tak sanggup rasanya bila anak-anak jadi mangsa kecaman atau gangguan orang luar yang kita tak kenal.
  • Kesihatan mental: Tekanan untuk nampak “sempurna” di media sosial boleh buat anak-anak rasa rendah diri dan stres.
  • Kandungan tak sesuai: Algoritma sekarang kadang-kadang “terlepas” video yang bukan-bukan ke feed anak kita.
  • Ketagihan skrin: Sampai kerja sekolah terbiar dan komunikasi depan-depan dengan keluarga pun makin kurang.

Kesimpulannya…

Data perbandingan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat mementingkan keselamatan digital. Bukan sekadar ikut trend, tapi kita memang mahukan persekitaran yang selamat untuk generasi depan.

Persoalannya, adakah sekadar “ban” itu mencukupi, atau kita perlu lebih banyak pengisian tentang digital literacy?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×