Euforia Bola 2026
Rakyat

Ini 7 Perubahan Besar Kerajaan Mulai Julai 2026 Untuk Rakyat Tercinta, Take Note Ya!

Bermula Julai 2026, beberapa pembaharuan dan inisiatif kerajaan bakal dilaksanakan melibatkan pelbagai sektor termasuk kewangan, pendidikan, subsidi bahan api, serta transformasi digital.

Langkah-langkah ini dijangka memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian, khususnya dari segi kos sara hidup, kemudahan perkhidmatan serta akses kepada bantuan dan kemudahan kerajaan.

7 INISIATIF KERAJAAN BERMULA JULAI TAHUN INI

INISIATIF KERAJAAN

Berikut merupakan antara 7 pembaharuan dan inisiatif yang akan dilaksanakan.

1. Caj RM1 di ATM dimansuhkan

Salah satu perubahan besar yang diumumkan ialah pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di semua Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Kitar Semula Pintar (SRM) di seluruh negara.

Dengan pelaksanaan ini, pemegang kad debit tempatan boleh membuat pengeluaran wang tanpa sebarang caj walaupun menggunakan bank yang berbeza.

2. Harga diesel subsidi diseragamkan melalui BUDI MADANI Diesel

Mulai 1 Julai, harga diesel bersubsidi ditetapkan pada kadar RM2.10 selaras dengan pelaksanaan mekanisme baharu BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel)..

Sebagai persediaan, akses awal akan dibuka bermula 27 Jun 2026 kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia.

Setiap penerima yang layak akan menikmati had kelayakan asas sehingga 200 liter sebulan, yang boleh digunakan mengikut keperluan masing-masing bagi pembelian diesel atau RON95 bersubsidi tertakluk kepada baki kelayakan.

3. Tuntutan bayaran balik SKDS dibuka

Kerajaan turut membuka permohonan tuntutan bayaran balik tunai di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bermula 1 Julai.

Kemudahan ini diberikan kepada syarikat pengangkutan awam dan barangan yang masih belum menerima fleet card bagi membolehkan mereka menuntut semula perbezaan harga diesel yang dibeli pada harga pasaran.

4. Baucer buku MADANI digital

Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 dijangka dilaksanakan secara digital bermula Julai, melibatkan lebih dua juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Inisiatif ini memberi manfaat kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, pelajar matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM210 juta.

INISIATIF KERAJAAN

5. KWSP tamatkan operasi kaunter bayaran caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menamatkan perkhidmatan kaunter bayaran caruman di semua cawangan bermula 1 Julai 2026.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha transformasi digital bagi memudahkan urusan majikan dan pencarum melalui saluran elektronik.

Antara kaedah pembayaran yang boleh digunakan termasuk i-Akaun, perbankan internet, ejen bank, Terminal Layan Diri serta perkhidmatan mobile KWSP.

6. Permohonan Sekolah Khusus dibuka

Permohonan ke Sekolah Khusus Kementerian Pendidikan (KPM) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2027 akan dibuka secara dalam talian bermula 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.

Permohonan ini terbuka kepada murid Tahun 6 (Tingkatan 1), pelajar Tingkatan 3 (Tingkatan 4) serta pelajar Tahun 1 SVM.

7. Syarat baharu import EV CBU Oleh MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menetapkan syarat baharu bagi import kenderaan elektrik siap pasang sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai.

Antara syarat utama termasuk nilai minimum Kos, Insurans dan Tambang (CIF) sebanyak RM200,000 serta output kuasa motor sekurang-kurangnya 180 kW.

Rakyat dinasihatkan untuk memahami setiap perubahan ini agar dapat membuat perancangan kewangan dan urusan harian dengan lebih baik menjelang pelaksanaannya pada Julai 2026.

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Kahwin Lambat Dalam Islam Tak Semestinya Harus…Ada Yang Jadi Wajib, Makruh Malah Haram!

Sumber: Malaysia MADANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×