Euforia Bola 2026
Sihat

7 Gaya Komunikasi Ini Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Boleh Buat Orang Menyampah!

gaya komunikasi

Kadang kita rasa masalah komunikasi berlaku sebab orang “sensitif”. Padahal, cara kita bercakap itu sendiri boleh membuat orang tutup telinga. Bukan mesej salah, tapi gaya komunikasi yang salah membuat orang hilang minat untuk faham.

Berdasarkan perkongsian Nizam Dzulkifli, berikut 7 gaya komunikasi yang nampak biasa tetapi sebenarnya menyumbang kepada salah faham, ketegangan dan hubungan kerja yang dingin:

Baca juga: Ini 10 Kunci Rahsia Untuk Berjaya, Cuba Buat Mulai Hari Ini – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

7 GAYA KOMUNIKASI NAMPAK BIASA TAPI BUAT ORANG MENYAMPAH!

gaya komunikasi

Gambar hiasan: Freepik

1. Semua mesej macam emergency

  • Hari-hari tulis “URGENT”, semua benda nampak kritikal.
  • Apabila yang benar-benar penting datang, orang dah kebal kerana alarm fatigue.

2. Voice note 5 minit untuk info 5 saat

  • Bermula dengan salam panjang, cerita latar belakang, akhirnya isi penting cuma: “Mesyuarat pukul 2.”
  • Otak manusia suka maklumat yang ringkas; mesej panjang buat fokus lari dan orang rasa “penat nak dengar.”

3. Sindir dalam group, puji dalam hati

  • Dalam group: “Pandai betul ada orang buat kerja macam ni.”
  • Tidak sebut nama, tetapi semua rasa. Ini komunikasi pasif-agresif yang menambah ketegangan dan suasana toksik.

4. Pakai CAPS LOCK bila marah

  • “BOLEH TAK BUAT BETUL-BETUL??”
  • Huruf besar dibaca sebagai jeritan visual; otak mentafsir sebagai ancaman. Orang mula mempertahankan diri dan berhenti berfikir.

5. Arahan tak jelas, lepas itu marah bila orang salah

  • Contoh: “Aku dah bagitahu dah.” Padahal ayat asal: “Nantilah kita bincang.”
  • Arahan kabur melahirkan hasil kabur dan emosi meletup bila hasil tidak ikut jangkaan.

6. Terlalu banyak cerita, kurang isi

  • Cerita bermula: “Dulu masa PKP…” Sambung: “Lepas itu sistem tukar…”
  • Akhirnya orang tanya: “Jadi… apa sebenarnya yang nak aku buat?”
  • Dalam komunikasi berkesan: panjang ≠ jelas, struktur lebih penting daripada cerita.

7. Kritik tanpa solusi

  • “Kerja ini tak betul.” Titik.
  • Luahan sahaja tanpa arah yang jelas menimbulkan tekanan. Maklum balas berkesan mesti ada: apa salah dan apa boleh diperbaiki.

Baca juga: Rupanya Skop Kerja ‘Travel Nanny’ Bukan Macam Bibik Di Rumah, Sebelum Upah Sila Baca Panduan Ini Dulu

gaya komunikasi

Gambar hiasan: Freepik

Masalah sebenarnya bukan pada mesej, tetapi pada cara mesej dibungkus. Komunikasi bukan tentang siapa paling lantang, paling panjang atau cepat marah, tetapi tentang:

  • Siapa paling jelas
  • Siapa paling beradab
  • Siapa buat orang nak faham, bukan nak melawan

Kalau nak orang berubah, gaya komunikasi kita sendiri juga kena berubah. Lidah (dan jari menaip) lebih tajam daripada yang kita sangka, jadi cara bercakap dan menaip sangat penting untuk memastikan mesej sampai dengan berkesan.

Baca juga: Tidur Cukup 7 Jam Tapi Bila Bangun Masih Penat, Amalkan 5 Tips Ini!

Sumber: Nizam Dzulkifli

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×