Euforia Bola 2026
Famili

Dipaksa Tekan Tubi 200 Kali, 62 Pelajar SBP Di Teluk Intan Dibuli Senior!

tekan tubi

Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 62 pelajar lelaki menjadi mangsa buli pelajar senior di sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan, 8 Mac lalu. Di mana, mangsa yang terlibat telah dipaksa melakukan tekan tubi sehingga 200 kali.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, semua mangsa yang terlibat berusia 14 dan 15 tahun.

Baca juga: Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!

62 PELAJAR DIBULI BUAT TEKAN TUBI

tekan tubi

Gambar Sinar Harian: Mohammad Ali bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Ahad.

Menurutnya, perkara itu terbongkar selepas polis menerima laporan pertama daripada salah seorang pelajar pada 12 Mac lalu memberitahu mangsa mengalami bengkak tangan dan sakit otot.

“Maklumat yang diperoleh menunjukkan hampir 62 pelajar menjadi mangsa buli.

“Namun, sehingga Jumaat lalu, hanya tujuh mangsa tampil membuat laporan polis dan keterangan mereka telah direkodkan.

“Kemungkinan dalam kes ini ada usaha dilakukan untuk diselesaikan di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk pada Ahad.

Baca juga: Bapa Terima Ujian Besar Anak Bongsu Pula ‘Pergi’, Isteri & Anak Sulung Nahas Sebulan Lalu!

Baca juga: [VIDEO] “Allahuakbar..” Pengasuh Teresak Menangis, Didakwa Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun!

Dua pelajar senior tingkatan 4 & 5 terlibat

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, dua pelajar senior masing-masing Tingkatan Empat dan Lima terlibat dalam kes itu.

Katanya, polis sudah menyerahkan permohonan Perintah Untuk Menyiasat (OTI) kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 12 Mac lepas bagi merakam percakapan kedua-dua pelajar berkenaan.

“Kita akan panggil dua pelajar tersebut setelah dapat kebenaran OTI daripada TPR.

“Kes ini bukan pergaduhan, tetapi tindakan pelajar senior yang cuba mendisiplinkan pelajar junior dengan cara yang salah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, sekumpulan pelajar Tingkatan Dua dan Tiga sebuah sekolah berasrama penuh mendakwa menjadi mangsa buli apabila dipaksa melakukan tekan tubi selain dipukul ketika berkumpul di surau sekolah.

Baca juga: Anak Hidap Kanser Otak Selepas 2 Bulan Suami Meninggal Dunia, Wanita Ini Cekal Hadapi Ujian Hidup!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×