Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 15, 16 dan 17 Julai 2025 melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Selain menggunakan buku, mungkin calon peperiksaan memerlukan bantuan website belajar SPM yang pantas!
Oleh itu, berikut merupakan Top 5 laman web yang sering digunakan oleh pelajar cemerlang (straight A) untuk ulang kaji saat akhir menjelang SPM.
Baca juga: Ini 11 Laman Web Penting Mak Ayah & Adik Lepasan SPM WAJIB Tahu, Buat Pilihan Bijak Tau!
TOP 5 WEBSITE BELAJAR SPM UNTUK SKOR A PECUTAN TERAKHIR!

Foto hiasan.
1. Gizmo.ai — Tutor AI untuk SPM & PT3
Kelebihan:
- Laman AI tempatan yang direka khas untuk pelajar Malaysia.
- Boleh tanya soalan terus dalam Bahasa Melayu atau Inggeris (e.g., “Terangkan hukum Newton kedua”).
- Jawapan disesuaikan dengan silibus SPM dan lebih ‘ringkas tapi padat’.
- Ada sokongan gambar rajah, formula dan langkah kira.
Sesuai untuk:
- Pelajar yang mahu ulangkaji on-the-spot, tak perlu cari buku.
- Last minute clarification — seperti ada tutor 24 jam.
2. SPMflix.com — Video Pembelajaran SPM Percuma
Kelebihan:
- Platform percuma dengan video ringkas & mudah faham oleh guru-guru berpengalaman.
- Mengikut topik dan bab dalam buku teks — dari Tingkatan 4 hingga 5.
- Visual menarik & sesuai untuk pelajar visual learner.
Sesuai untuk:
- Pelajar yang tak suka baca panjang, lebih suka video.
- Ulangkaji sebelum tidur / rehat sambil tengok video 5-10 minit.
Kelebihan:
Fokus kepada subjek sains & matematik dengan penerangan mendalam dan logik.
- Percuma dan sangat interaktif (siap ada quiz & nota langkah demi langkah).
- Bahasa Inggeris sepenuhnya — bagus untuk yang nak kuasai dua bahasa.
Sesuai untuk:
- Pelajar yang nak master topik kritikal macam Fizik, Kimia & Add Maths.
- Yang bersedia hadapi soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
4. trial.spmpaper.me — Koleksi Kertas Trial SPM
Kelebihan:
- Himpunan kertas percubaan SPM seluruh negeri, termasuk skema jawapan.
- Boleh pilih ikut negeri & tahun (2016 hingga terbaru).
- Antara tempat terbaik untuk ‘spot soalan’ atau buat latih tubi.
Sesuai untuk:
- Pelajar yang nak buat ulangkaji melalui latihan sebenar.
- Yang nak kenal pasti format soalan sebenar & cara menjawab.
5. edukaji.my – Video bimbingan teknik menjawab SPM
Kelebihan:
- Platform percuma untuk menonton video-video bimbingan peperiksaan SPM yang dirakam oleh guru-guru berpengalaman.
- Juga terdapat video panduan untuk SPM ujian bertutur BM dan Inggeris.
- Terdapat koleksi kertas-kertas percubaan SPM untuk muat turun.
Sesuai untuk:
- Pelajar lebih memahami cara menjawab dengan mendalam bersama teknik-teknik untuk mencapai markah tertinggi.
- Dapat menumpu pada bab yang lemah melalui satu ciri unik platform EduKaji iaitu menyusun video-video mengikut bab subjek.
Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!
Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!
Sumber: Foto (Utusan Malaysia), Tiktok @kakakfeera
