Bagi ibu bapa, mengenal pasti anak genius bukan sekadar melihat skor 100 dalam peperiksaan atau kepetahan bercakap di depan orang ramai.
Kadang-kadang, tanda sebenar kebijaksanaan anak tersembunyi dalam perangai yang kita anggap “pelik”, tetapi sebenarnya mencerminkan potensi luar biasa mereka.
5 TANDA ANDA MELAHIRKAN ANAK GENIUS

Gambar hiasan: Gemini AI
Menurut perkongsian Hana Shahadan, berikut lima ciri anak yang dilahirkan genius:
1. Anak Terlalu Banyak Bertanya
Contoh soalan:
- “Mama, kenapa langit biru?”
- “Kenapa orang mati?”
- “Kenapa Allah tak nampak?
Rasa ingin tahu tinggi menunjukkan otak anak aktif membina sambungan neural baru. Curiosity adalah asas kepada kecerdasan, jadi jangan anggap soalan mereka sebagai mengganggu.
2. Sangat Sensitif & Emosional
- Mudah menangis atau cepat terasa
- Kuat empati terhadap orang lain
Kanak-kanak gifted biasanya mempunyai kepekaan emosi yang tinggi. Mereka merasai sesuatu lebih mendalam dan otak mereka memproses emosi dengan lebih kompleks, walaupun ramai menganggapnya sebagai “lembik”.
Baca juga: Pakar Psikiatri Kongsi 7 ‘JANGAN’ Dalam Proses Didik Anak Bila Mereka Berdepan Stres!

Gambar hiasan: Gemini AI
3. Sukar Duduk Diam Bila Bosan
- Cepat bosan jika aktiviti terlalu mudah
- Sukar duduk diam walau sekadar menunggu giliran
Bukan semua anak yang aktif itu nakal. Kadang mereka under-stimulated kerana otak cepat tangkap konsep. Anak genius menunjukkan tanda kebosanan apabila cabaran tidak setara dengan kemampuan kognitif mereka.
4. Imaginasi Sangat Kuat
- Boleh cipta dunia sendiri
- Berbual dengan watak rekaan atau reka cerita panjang tanpa henti
Imaginasi tinggi berkait rapat dengan divergent thinking iaitu keupayaan berfikir di luar kotak. Ramai pemimpin dan inventor dunia terkenal mempunyai daya imaginasi tinggi semasa kecil.
5. Sangat Fokus Pada Minat Tertentu
- Obsesi dengan topik tertentu, boleh ulang berkali-kali
- Menghafal fakta pelik yang orang lain tidak peduli
Keupayaan hyperfocus ini tanda otak mereka boleh mendalami satu bidang dengan intensiti tinggi. Namun, kecerdasan tanpa panduan boleh menjadi tekanan jika ekspektasi terlalu tinggi.
TIP UNTUK IBU BAPA
- Jangan melabel anak hanya sebagai genius
- Sediakan ruang selamat untuk mereka berkembang
- Fahami setiap anak mempunyai bentuk kecerdasan berbeza
- Bimbing mereka dengan sabar, bukan sekadar menilai berdasarkan skor
Kadang-kadang, anak yang kita risau “lain macam” itu sebenarnya sedang membesar dengan cara yang luar biasa.
Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”
Sumber: Hana Shahadan
FT Image: Gemini AI
