Tempoh berpantang memang mencabar, lebih-lebih lagi bila badan masih lemah dan perlu uruskan pendarahan nifas. Kalau pakai pad biasa, memang tak cukup serap dan boleh buat kita rasa rimas sepanjang masa!
Sebab tu penting untuk guna pad bersalin khas yang direka untuk aliran darah yang lebih banyak, lembut pada kulit, dan bagi perlindungan maksimum. Berikut 5 pad bersalin yang disyorkan ramai ibu-ibu:
1. Libresse Maternity Pads

Libresse ada versi pad bersalin yang lebih moden dengan teknologi CurveFit dan permukaan lembut. Pad ni panjang, nipis tapi masih serap dengan baik.
Sesuai untuk ibu yang tak suka rasa terlalu bulky masa duduk atau berjalan. Lapisan bawahnya pun breathable dan tak buat kulit melecet.
2. Autumnz Maternity Pad

Kalau ibu lebih selesa dengan jenama maternity-specific, Autumnz adalah pilihan popular di kalangan pengguna Shopee dan mom group. Saiznya panjang dan rekaannya hypoallergenic.
Bebas bahan kimia dan diperbuat daripada material lembut. Sangat disyorkan untuk ibu bersalin normal ataupun C-section sebab permukaan tak geser luka.
3. Madame Maternity Pad

Selain itu, pad bersalin dari jenama tempatan ni memang terkenal dalam kalangan ibu-ibu. Harganya mesra poket, tapi kualitinya tak mengecewakan.
Saiznya panjang dan cukup tebal untuk tahan aliran nifas. Material pun lembut dan tak kasar pada kulit, sesuai untuk dipakai waktu siang atau malam. Ha…yang ni ramai ibu puji sebab tak mudah bocor dan tak berbau walaupun dipakai lama. Berbaloi tau!
4. TENA Maternity Pad

TENA Maternity Pad direka khas untuk memberikan perlindungan maksimum kepada ibu dalam tempoh berpantang. Pad ini lebih panjang dan lebar berbanding pad biasa, membolehkan ibu bergerak dengan yakin tanpa risau bocor, sama ada ketika duduk, baring atau berjalan.
Bahagian permukaannya juga sangat lembut dan sesuai untuk kulit yang sensitif, menjadikannya pilihan yang selesa sepanjang hari.
Dengan teknologi Dry Fast Core, ia mampu menyerap dengan cepat dan mengekalkan rasa kering walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.
5. Mamaway Maternity Pads

Pad ni antara pilihan premium yang hypoallergenic dan tidak mengandungi pewangi, jadi takkan sebabkan kegatalan. Struktur 3D-nya bantu serap dengan cepat dan kekal kering.
Ramai ibu sukakan ketebalannya yang ringan tapi sangat efektif serap darah dengan baik.
Tak perlu risau lagi masa berpantang, pilih sahaja pad bersalin yang tepat!
Setiap ibu berhak untuk mendapat keselesaan lepas bersalin. Dengan pilihan pad yang sesuai, pengalaman berpantang jadi lebih selesa dan yakin!
Kalau anda nak tempoh pantang lebih selesa dan bebas bocor? Cuba salah satu pad bersalin yang kami dah senaraikan ni. Confirm beza dari pad biasa!
