Euforia Bola 2026
Famili

Ini 40 Ucapan Hari Raya Aidilfitri Ringkas Tapi Manis & Penuh Makna, Anda Hanya Perlu Copy Paste Je!

ucapan hari raya

Hari Raya Aidilfitri merupakan momen istimewa untuk kita saling bermaafan dan mengeratkan hubungan sesama keluarga, sahabat serta kenalan. Dalam suasana penuh keberkatan ini, penyampaian ucapan hari raya menjadi salah satu cara untuk menzahirkan keikhlasan dan ingatan kepada insan tersayang.

Berikut ialah 40 senarai ucapan Hari Raya Aidilfitri ringkas tetapi penuh makna yang boleh dijadikan idea untuk digunakan nanti!

Baca juga: Idea Ucapan Hari Raya Aidiladha Yang Sesuai Jadi Mesej & ‘Caption’ Media Sosial, Boleh Save!

4O IDEA UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG BOLEH DIGUNAKAN

ucapan hari raya

Foto: Gemini AI

Ucapan-ucapan ini sesuai digunakan untuk pelbagai situasi sama ada untuk keluarga, sahabat mahupun kenalan, sama ada melalui mesej peribadi atau perkongsian di media sosial.

Ucapan Hari Raya Ringkas & Penuh Makna

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, maaf zahir dan batin.
  2. Salam Aidilfitri, semoga raya anda penuh bahagia.
  3. Selamat menyambut Hari Raya, semoga diberkati selalu.
  4. Maaf zahir batin, semoga ukhwah terus erat.
  5. Salam Syawal, semoga hidup sentiasa dirahmati.
  6. Selamat Hari Raya, semoga hati tenang dan gembira.
  7. Raya mulia, jiwa ceria, maaf zahir dan batin.
  8. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan.
  9. Salam lebaran penuh kemaafan dan keberkatan.
  10. Selamat Hari Raya buat anda dan keluarga tersayang.

Ucapan Raya Untuk Kawan & Sahabat

  1. Selamat Hari Raya sahabat! Maaf kalau ada salah silap.
  2. Raya ni teringat gelak tawa kita. Maaf zahir batin!
  3. Moga persahabatan kita kekal selamanya.
  4. Walau jauh, ingatan tetap dekat. Selamat Hari Raya!
  5. Terima kasih jadi kawan terbaik. Maaf zahir batin.
  6. Raya ni jangan lupa datang rumah!
  7. Maaf atas semua gurauan yang melampau
  8. Semoga kita jumpa lagi di Syawal ini!
  9. Sahabat sejati, maaf zahir batin dari hati.
  10. Raya ni kita makan sampai kenyang!

Ucapan Raya Untuk Keluarga

  1. Selamat Hari Raya buat keluarga tersayang, terima kasih kerana sentiasa menjadi rumah yang paling menenangkan.
  2. Maaf zahir dan batin buat ibu ayah serta seluruh keluarga yang saya kasihi.
  3. Syawal ini semoga keluarga kita terus dilimpahi kasih sayang, kesihatan dan rezeki.
  4. Selamat Hari Raya, moga keluarga kita terus erat walau diuji apa pun.
  5. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih dan doa. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
  6. Buat ibu dan ayah, maafkan segala salah silap saya. Selamat Hari Raya dengan penuh kasih sayang.
  7. Semoga rumah ini sentiasa dipenuhi tawa, doa dan keberkatan setiap kali Syawal tiba.
  8. Raya paling indah adalah ketika dapat berkumpul bersama keluarga tercinta.
  9. Salam Aidilfitri buat adik-beradik tersayang, semoga ukhuwah kita kekal sampai bila-bila.
  10. Maaf zahir batin, semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.

Ucapan Raya Untuk Status / Media Sosial

  1. Raya bukan sekadar baju baru, tapi hati yang diperbaharui.
  2. Kosong-kosong ya!
  3. Maaf zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kaki.
  4. Selamat Hari Raya semua! Drive safe
  5. Raya vibes on!
  6. Mood: makan, tidur, beraya
  7. Salam Syawal penuh keberkatan
  8. Raya tetap raya walau sederhana.
  9. Hati tenang, jiwa lapang di Aidilfitri.
  10. Selamat Hari Raya dari saya & keluarga

Kesimpulannya, ucapan Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar rangkaian kata, tetapi mencerminkan keikhlasan dan nilai silaturahim yang ingin dipupuk. Walaupun ringkas, ucapan yang disampaikan dengan hati yang tulus mampu memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih ucapan yang sesuai untuk dikirimkan kepada keluarga, sahabat dan kenalan.

Baca juga: Kad Raya Dari Kekasih Sejak 31 Tahun Lalu Masih Disimpan, “Kenangan Yang Sukar Nak Dirasai Dah…”

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×