Jagung segar pastinya mempunyai rasa manis dan juga tekstur yang rangup apabila diproses. Namun, jika cara simpan jagung tidak betul, ia akan menjadi kering dan layu.
Kandungan air dalam biji jagung akan berkurangan seiring berjalannya masa, sehingga kesegarannya akan berkurangan secara automatik. Malah, menjadikan hidangan kurang sedap untuk disajikan.
Baca juga: Risau Tetamu ‘Open House’ Tak Cukup Makan, Wanita Ini Kongsi Sukatan Bahan Untuk 50 Pax!
4 CARA SIMPAN JAGUNG
Bagi mengekalkan kualiti jagung, ia perlu disimpan dengan betul, sama ada untuk keseluruhan jagung atau yang telah dikupas. Dengan cara-cara berikut, jagung dapat bertahan lebih lama tanpa kehilangan kelembapan dan rasa manisnya.
Penyimpanan jagung yang betul juga, dapat memastikan ia kekal segar lebih lama dan mencegah potensi kering atau layu. Oleh itu, pilihlah langkah-langkah di bawah agar jagung tetap segar dan manis semasa dimasak.
Malah, ia dapat membantu meminimumkan pembaziran yang disebabkan oleh jagung yang cepat layu!
Baca juga: Resipi Kuah Lodeh Lontong Berlemak Istimewa, Dapat Yang Ini Tak Henti Menghirup!
1. Simpan jagung dengan kulitnya sekali untuk jangka pendek
Sekiranya anda ingin menyimpan jagung dalam keadaan segar lebih lama, biarkan kulitnya tetap melekat dengan baik.
Hal ini kerana, kulit jagung mempunyai fungsi utama sebagai perlindungan semula jadi yang dapat membantu menjaga kadar air di dalam biji jagung, sehingga tidak mengalami potensi kering yang berlebihan.
Simpan jagung pada suhu bilik jika ia hanya akan digunakan dalam masa 1 hingga 2 hari. Tetapi, jika anda ingin jagung bertahan lebih lama, sebaiknya simpan jagung dengan kulitnya di dalam peti sejuk, di dalam ruang penyimpanan sayur-sayuran untuk mengekalkan kelembapan.
2. Bungkus dengan plastik atau kain basah
Jika jagung telah dikupas kulitnya, cuba bungkusnya dengan plastik atau masukkannya ke dalam beg plastik berlubang. Cara ini dilakukan untuk memastikan agar kelembapan jagung tidak kering semasa simpan di dalam peti sejuk.
Alternatif lain yang boleh dicuba ialah membungkus jagung dengan kain basah sebelum memasukkannya ke dalam bekas bertutup.
Teknik ini sebenarnya boleh membantu mengekalkan kandungan air yang terkandung dalam jagung supaya tekstur terasa lebih rangup dan tidak cepat rosak.
Baca juga: Cara Buat Lemang Kukus Pakai Daun Pisang, Lebih Mudah & Tak Perlu Susahkan Diri Cari Buluh!
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Cepat, Set Lengkap Sekali Ayam Masak Merah & Acar Mentah!
3. Simpan di dalam freezer untuk jangka masa panjang

Gambar hiasan: unsplash.com/engin akyurt.
Jika anda ingin menyimpan jagung untuk jangka masa yang lebih lama, kaedah terbaik yang boleh anda cuba adalah dengan membekukannya di dalam peti sejuk.
Sebelum dibekukan, jagung boleh direbus (blanching) selama 3 hingga 5 minit, kemudian dikeringkan sebelum disimpan dalam beg kedap udara.
Jagung yang dibekukan boleh disimpan selama beberapa bulan tanpa kehilangan rasa manis dan teksturnya. Apabila ingin menggunakan jagung, anda hanya perlu menyimpannya di suhu bilik selama beberapa minit sebelum dimasak untuk mengekalkan rasa yang enak.
4. Rendam di dalam air atau simpan dengan sedikit ais batu
Untuk mengekalkan kesegaran jagung dalam masa yang singkat, anda boleh merendamnya dengan menggunakan air sejuk atau dengan meletakkan ais batu di sekelilingnya.
Kaedah ini terbukti berkesan untuk memastikan kelembapan jagung, terutamanya jika ia disimpan pada suhu bilik sebelum dimasak.
Jika anda memilih kaedah ini, pastikan menukar air setiap beberapa jam untuk memastikan ia tetap bersih.
Jika kamu memilih metode yang satu ini, maka pastikan untuk mengganti air setiap beberapa jam sekali agar tetap bersih. Dengan cara ini, jagung dapat disimpan lebih lama dan dalam keadaan segar sebelum digunakan semula untuk memasak pelbagai hidangan.
Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan, Rangup Dan Pastinya Enak Rasa Coklat Premium!
Sumber: IDN Times
FT Image: Freepik / unsplash.com/engin akyurt

