Euforia Bola 2026
Sihat

Doktor Cerita 3 Hal INI Sering Bermain Di Bibir Pesakit Sebelum Ajal Tiba, Mesti Ulang-Ulang Cakap

AJAL MAUT

Setiap manusia pasti akan berdepan dengan ajal maut namun tidak ramai yang benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Saat-saat akhir kehidupan sering membuatkan seseorang merenung kembali makna hidup, hubungan yang pernah dijalinkan dan perkara lain sebelum menutup mata buat selamanya.

Menurut perkongsian pakar perawatan paliatif, terdapat tiga perkara sering diucapkan oleh pesakit sebelum ajal maut menjemput.

Baca juga: Bukan Digunakan Hanya Dalam Masakan, Serai Rupanya Boleh Rawat 5 Penyakit Ini

SEBELUM AJAL MAUT TIBA, INI 3 PERKARA PESAKIT SELALU ULANG

AJAL MAUT

Freepik

Daripada pengalamannya, Dr. Mannix mendedahkan bahawa ada tiga perkara utama yang sering difikirkan oleh seseorang ketika menyedari ajal semakin hampir.

1. Hubungan dengan orang lain

Apabila berada di hujung nyawa, ramai mula menyedari bahawa hubungan dengan manusia lain adalah perkara paling berharga dalam hidup.

Mereka akan teringat insan tersayang seperti pasangan, anak-anak, ibu bapa dan sahabat lama. Ada yang ingin memperbaiki hubungan renggang, meminta maaf atau sekadar mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah hadir memberi makna.

2. Kasih sayang tak terungkap

Perkara kedua sering diungkapkan oleh pesakit sebelum ajal maut tiba adalah sentiasa rasa kesal kerana tidak sempat meluahkan rasa sayang.

Ramai mengakui, dalam kesibukan hidup, mereka jarang mengungkap rasa sayang kepada insan penting dalam hidup. Namun, saat-saat terakhir sering membuka ruang untuk menyedari bahawa ungkapan sederhana itulah yang sebenarnya paling bermakna.

AJAL MAUT

Freepik

3. Rasa syukur & penyesalan

Di penghujung hidup, manusia jarang lagi memikirkan soal kerja, pangkat atau harta. Sebaliknya, pesakit akan merenung semula makna kehidupan, menghargai momen-momen kecil yang dulu dianggap biasa.

Ada yang bersyukur atas kehidupan telah dijalani, namun tidak kurang juga yang menyesal kerana terlalu sibuk mengejar dunia hingga lupa menikmati kebahagiaan sebenar.

Menurut Dr. Mannix, tiga perkara ini menjadi peringatan agar kita tidak menunggu waktu terakhir untuk menghargai kehidupan.
Cintai orang yang ada, maafkan yang pernah melukakan dan luahkan rasa kasih selagi masih sempat.

Baca juga: Cara Rebus Halia Untuk Buat Air Slimming, Kena Ikut Masa Ini, Baru Jadi Ubat Kurus Semula Jadi

Sumber: Detik Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×