Euforia Bola 2026
Nur

Ustaz Tegur… 3 Tabiat Harian Ini Boleh ‘Mengundang’ Jin Masuk Ke Dalam Rumah!

jin masuk rumah

Apabila bercakap tentang jin masuk rumah, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan bunyi pelik, gangguan misteri atau kejadian yang sukar dijelaskan.

Namun menurut satu perkongsian di TikTok, terdapat beberapa amalan harian yang sering dipandang remeh tetapi dipercayai boleh menjadi punca makhluk tersebut memasuki kediaman tanpa disedari.

Baca juga: Ibu Bapa Wajib Ambil Maklum, Ini Jadual Rasmi Peperiksaan UPKK & IKP 2026 Diumumkan JAKIM Bermula 29 Jun

3 PERKARA UNDANG JIN MASUK RUMAH MENURUT ISLAM

JIN MASUK RUMAH

3 perkara tersebut adalah:

1. Biarkan rumah kotor & tidak terurus

Perkara pertama yang disebut ialah sikap mengabaikan kebersihan rumah. Menurut perkongsian tersebut, rumah yang dipenuhi habuk, sawang, sampah atau kotoran yang tidak dibersihkan boleh menjadi tempat yang tidak menyenangkan dan bertentangan dengan tuntutan Islam yang menitikberatkan kebersihan.

Justeru, penghuni rumah disarankan sentiasa menjaga kebersihan dengan menyapu lantai, membuang sampah serta memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan kemas dan teratur.

2. Tinggalkan sisa makanan tanpa ditutup

Selain itu, meninggalkan makanan atau sisa makanan tanpa ditutup juga dikatakan antara perkara yang perlu dielakkan. Dalam Islam, terdapat galakan agar makanan dan minuman ditutup dengan baik, terutama ketika waktu malam.

Oleh itu, amalan menutup makanan menggunakan tudung saji serta membersihkan sisa makanan selepas digunakan wajar dijadikan rutin harian.

JIN MASUK RUMAH

3. Tak memberi salam ketika masuk rumah

Perkara ketiga yang sering terlepas pandang ialah tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.

Islam mengajar umatnya agar memberi salam sebelum memasuki rumah, sama ada terdapat penghuni lain ataupun tidak.

Amalan memberi salam bukan sahaja menjadi tanda penghormatan dan doa kesejahteraan, malah ia juga merupakan sunnah yang membawa keberkatan kepada penghuni rumah.

Dalam perkongsian tersebut, dia menjelaskan bahawa kebiasaan masuk ke rumah tanpa memberi salam atau membaca doa boleh menyebabkan seseorang terlepas daripada adab yang dianjurkan dalam Islam.

Secara umumnya, Islam mengajar umatnya untuk sentiasa menjaga kebersihan, memelihara adab dan mengingati Allah SWT dalam setiap urusan harian.

Baca juga: Mufti Pulau Pinang Tegur Istilah ‘Infak’ Dalam Jualan, Kena Jelas & Jangan Sampai Mengelirukan Penyumbang

Sumber: TikTok Rawatan Alternatif Al-Fateh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×