Masalah e-waste (sisa elektronik) makin meningkat kat Malaysia, dari phone lama sampai la ke laptop rosak, ramai yang masih simpan tanpa tahu cara betul nak lupuskan.
Sebab tu, ALL IT Hypermarket bersama sembilan jenama besar bergabung tenaga untuk sama-sama tingkatkan kesedaran dan galakkan rakyat Malaysia uruskan e-waste dengan cara lebih bertanggungjawab.
Pada 22 Ogos 2025, satu majlis MOU telah berlangsung di The Secret Garden, 1 Utama dengan penyertaan Alliance Bank, Atome, Blueshark, MG, Microsoft, JBL, TP-Link, GoPro dan 1 Utama Shopping Centre. 
Jom kami kongsikan apa yang penting pasal kempen ni:
1. Kempen Berlangsung Sampai Hujung Tahun
Dilancarkan pada 1 Jun 2025, kempen ‘Tech The Emission Down’ akan berjalan sehingga 31 Disember 2025.
Tempoh yang panjang ni membolehkan lebih ramai orang sertai dan sama-sama menjadikan pengurusan e-waste lebih mudah dan menormalisasikan ia sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
2. Cara Penyertaan Yang Mudah
Nak join kempen ni memang senang, anda hanya perlu belanja minimum RM200 atau hantar barangan elektronik lama atau rosak ke mana-mana cawangan ALL IT Hypermarket. 
Ataupun anda boleh drop terus peranti lama di 1 Utama’s 1RECYCLING CENTRE (1RC).
Semua e-waste yang dikumpul akan diproses secara selamat di fasiliti bertauliah, tanpa menjejaskan alam sekitar.
3. Ganjaran Menarik Menanti
Selain daripada meningkatkan kesedaran, kempen ni juga tawarkan ganjaran menarik untuk orang ramai.

Akan ada giveaway setiap dua bulan sekali, di mana kemuncaknya menawarkan dua hadiah utama iaitu sebuah kereta elektrik MG4 EV dan motor elektrik Blueshark R1.
Jom sama-sama mulakah langkah kecil untuk masa depan yang lebih lestari, langkah kita untuk kitar semula peranti eletronik mungkin terlihat tak penting bagi sesetengah pihak tapi sebenarnya ia membawa kesan yang besar kepada alam sekitar.
Sekiranya korang memerlukan sebarang maklumat lanjut atau update terkini, anda boleh follow Instagram rasmi All IT Hypermarket di SINI.
